ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

KABONG – Isu bekalan air yang sekian lama membelenggu penduduk Kampung Gerigat terus mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir meminta perkara tersebut diberi perhatian serius.

Perkara itu dibincangkan secara mendalam menerusi satu sesi libat urus bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong dan penduduk setempat pada Jumaat.

Menerusi sesi tersebut, penduduk membangkitkan masalah gangguan bekalan air yang didakwa berlaku secara tidak menyeluruh memandangkan ia hanya melibatkan sebahagian rumah.

Selain itu, penghantaran bekalan air melalui lori tangki ketika waktu gangguan juga didakwa tidak mencukupi untuk menampung keperluan.

Lebih membimbangkan, kemelut tersebut turut menjejaskan sebuah sekolah di kawasan berkenaan yang berdepan kesukaran mendapatkan sumber air bersih untuk aktiviti harian pelajar.

Susulan itu, penduduk mencadangkan agar saluran bekalan air ke Kampung Gerigat disambungkan secara terus bagi memastikan capaian bekalan yang lebih stabil pada masa hadapan.

Menjawab kepada isu berkenaan, pihak JBALB Bahagian Betong memaklumkan bahawa saluran paip sedia ada yang hanya berukuran enam inci menjadi punca bekalan air ke kampung tersebut tidak mencukupi.

Walau bagaimanapun, agensi itu mengambil maklum segala cadangan yang dikemukakan oleh penduduk dan akan meneliti perkara tersebut bagi mencari jalan penyelesaian bersesuaian.

Dalam pada itu, Mohd Chee menzahirkan penghargaan atas kesediaan pihak JBALB turun padang mendengar sendiri keluhan komuniti di kawasan terbabit.

“Masalah bekalan air ini bukan isu baharu dan memberi kesan langsung kepada kehidupan harian penduduk termasuk aktiviti persekolahan, justeru saya mahu ia diberi perhatian serius agar penyelesaian berkesan dapat dilaksanakan.

“Saya berharap cadangan yang dikemukakan dalam sesi ini dipertimbangkan sewajarnya dan tindakan susulan diambil secepat mungkin demi memastikan penduduk Kampung Gerigat menikmati bekalan air yang stabil,” katanya.

Sesi libat urus itu turut dihadiri Jurutera Air JBALB Bahagian Betong Andreas Inchatekoster Anyap, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kabong Ahmad Sabree,Penghulu Wahab Samsu serta ketua-ketua kaum.

Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

KANOWIT – Pesta Kanowit 2026 membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan peniaga tempatan menerusi kehadiran pengunjung serta peserta dari dalam dan luar daerah, selain menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang