Tangkap ikan guna bahan letupan, tiga lelaki didenda RM2,000

TAWAU – Tiga lelaki masing-masing didenda RM2, 000 selepas mengaku bersalah memiliki ikan dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.

Tertuduh, Tarasani Baltapa, 50, Jumsele Ingsang, 38, dan Mahandi Sabturani, 37, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didapati memiliki 10 ekor ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan ketika berada di sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran di perairan Tanjung Kiraz, pada jam 2.30 petang, 2 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, mereka boleh dipenjarakan selama tiga bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Laester Bulun, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

SIBU – Seramai 36 Ahli Isi Rumah (AIR) berstatus miskin yang berdaftar di bawah sistem eKasih menerima suntikan bantuan peralatan bernilai keseluruhan RM180,000 bagi membantu mereka memulakan perniagaan. Bantuan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cuba seludup syabu ke Sabah, lelaki ditahan bersama dadah RM4.3 juta

KUCHING- Taktik seorang lelaki menggunakan jalan darat untuk menyeludup dadah dari Miri ke Sabah terbongkar selepas dia ditahan di Jalan Mendamit dengan rampasan dadah bernilai RM4.3 juta pada 14 September…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Cuba seludup syabu ke Sabah, lelaki ditahan bersama dadah RM4.3 juta

Cuba seludup syabu ke Sabah, lelaki ditahan bersama dadah RM4.3 juta

Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas

Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas

Kerajaan Negeri Sembilan perlu tegas, jangan tunduk tekanan politik – PM Anwar

Kerajaan Negeri Sembilan perlu tegas, jangan tunduk tekanan politik – PM Anwar

Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

  • By Ezmie
  • September 18, 2026
Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat