Lebih 430kg sampah pantai dikutip, UMS–TAED perkukuh agenda kelestarian marin

KOTA KINABALU – Sebanyak 430 kilogram sampah berjaya dikutip di sepanjang pesisir Pantai Tanjung Aru menerusi Program Beach Clean-Up Institut Marin Borneo (IMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2026.

Ia sekali gus mencerminkan keperluan mendesak untuk memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap ancaman pencemaran marin.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, program terbabit merupakan usaha memupuk budaya pemeliharaan alam sekitar serta melindungi ekosistem marin yang semakin berdepan tekanan akibat aktiviti manusia.

“Seramai 86 peserta terdiri daripada 59 sukarelawan dan 27 ahli jawatankuasa pelaksana daripada IMB serta TAED mengambil bahagian dalam operasi pembersihan yang berlangsung selama beberapa jam di kawasan pesisir pantai terkenal itu.

“Jumlah sampah yang berjaya dikumpulkan kemudian dihantar untuk proses pelupusan dan pengurusan sisa secara lebih sistematik, sekali gus mengurangkan risiko pencemaran terhadap habitat marin dan kawasan rekreasi awam,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Selasa.

Program tersebut, dianjurkan bersempena Ocean Celebration 2026 itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Sabah melalui IMB dan Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED).

Dalam ucapannya, Kasim berkata, lautan merupakan khazanah alam yang amat bernilai dan perlu dipelihara secara berterusan sebagai amanah bersama demi kesejahteraan generasi akan datang.

“Laut bukan sahaja sumber biodiversiti yang penting, malah menjadi asas kepada keselamatan makanan, ekonomi dan kelangsungan kehidupan manusia.

“Usaha memelihara kelestarian ekosistem marin tidak boleh dipikul oleh satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan serta penglibatan aktif institusi pendidikan, sektor industri dan masyarakat secara menyeluruh,” ujarnya.

Tambah Kasim, program seperti Beach Clean-Up bukan sekadar aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pantai, tetapi turut berfungsi sebagai platform pendidikan yang mampu membentuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan peserta dan komuniti setempat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) IMB, Profesor Madya Dr. Mohammad Tamrin Mohamad Lal.

Sementara itu, Ketua Jabatan Tadbir Urus dan Pematuhan Perundangan TAED, Datuk Edmund Duodilim yang mewakili Pengurus Besar TAED berkata, penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan kebersihan dan kelestarian kawasan pesisir pantai terus terpelihara.

“Pantai yang bersih tidak akan dapat dikekalkan tanpa kesedaran awam dan tindakan kolektif masyarakat dalam menjaga alam sekitar.

“Kesedaran dan tanggungjawab bersama amat penting bagi memastikan khazanah alam ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Katanya, kerjasama antara TAED dan UMS adalah contoh sinergi berkesan antara sektor korporat dan institusi pendidikan dalam menjayakan agenda pembangunan lestari serta meningkatkan impak program pemuliharaan alam sekitar.

Program itu turut dilihat sebagai platform penting untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai isu pencemaran marin yang semakin membimbangkan, selain menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM