Sinergi UOC–UCSF pacu pembangunan bakat kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerjasama antara University of Cyberjaya (UOC) dan University College Sabah Foundation (UCSF) terus diperkukuh dalam usaha mempertingkatkan pendidikan dan latihan, khususnya dalam sektor kesihatan di Sabah.

Canselor UOC, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sesi pertemuan tersebut berlangsung secara terbuka dan telus bagi membincangkan isu semasa serta cabaran yang dihadapi, di samping merangka penyelesaian praktikal dan berimpak tinggi.

“Kami berkongsi matlamat yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan program latihan di Sabah.

“Ia sekali gus memperkukuh pembangunan tenaga kerja kesihatan di rantau ini,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook, pada Isnin.

Menurut Noor Hisham yang juga Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN), kejayaan dalam landskap pendidikan masa kini memerlukan kerjasama kukuh antara institusi bagi memastikan penyampaian pendidikan dan latihan berkualiti tinggi dengan hasil positif serta kos berpatutan.

“Saya berharap kerjasama ini dapat terus diperkasa bagi memperluas peluang pendidikan serta melahirkan lebih ramai tenaga profesional kesihatan yang kompeten di Sabah,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kagum dengan koleksi hasil kreatif dan bakat para pelajar yang dipamerkan di muzium universiti tersebut.

Beliau turut memuji karya seni kakitangan UCSF, Muslim Mattajim yang telah menghasilkan lukisan potretnya menggunakan bitumen dalam masa dua hari.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel