Jawatankuasa khas dicadang ditubuh selesai isu projek sakit libatkan JTU

TAWAU – Satu Jawatankuasa Khas dicadang ditubuhkan di daerah ini bagi membincangkan kaedah mempercepatkan penyelesaian sesuatu isu projek sakit khususnya melibatkan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Menteri di Jabatan Pendana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, pendekatan sama juga boleh dilaksanakan di daerah lain kerana isu yang dihadapi seperti pemilikan tanah memerlukan mekanisme penyelesaian yang lebih sistematik dan bersepadu.

“Saya tidak mahu Sabah terus dilabel sebagai negeri yang mempunyai banyak projek sakit. Kita perlu keluar daripada imej tersebut.

“Sekiranya isu tanah menjadi masalah utama, maka satu jawatankuasa khas yang melibatkan isu tanah perlu ditubuhkan bagi mempercepatkan proses penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Taklimat Insfrastruktur Utama Pembangunan Tawau dan Kalabakan di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) , pada Selasa.

Sebanyak tujuh jabatan dan agensi daerah Tawau menyampaikan taklimat pembangunan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Sabah Electricity, Jabatan Air, MPT dan ICU JPM Sabah.

Dalam pada itu, beliau menasihati setiap agensi perly tegas dalam pemilihan serta pemantauan kontraktor bagi memastikan setiap projek berjalan mengikut jadual dan tidak menjejaskan pelaksanaan pembangunan di negeri ini.

Menurut Mustapha, daripada 83 projek di Tawau, terdapat 44 projek yang masih dalam peringkat pra pelaksanaan melibatkan peruntukan kira-kira RM50 juta.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua pihak mempercepatkan pelaksanaan projek bagi memastikan peruntukan kerajaan pusat dan negeri dapat dibelanjakan sepenuhnya tahun ini.

“Saya turut memuji prestasi keseluruhan projek di daerah ini iaitu 43.68 peratus, yang disifatkan lebih tinggi berbanding peringkat negeri dan nasional,” katanya.

Related Posts

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

PERMATANG PAUH – Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2026 bukan sekadar platform meningkatkan kemahiran tenaga kerja, malah menjadi manifestasi komitmen kerajaan dalam mengangkat martabat golongan pekerja. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji kepada umum. Beliau berkata, perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah