Helah sorok beras putih bawah temukut lalu ICQS gagal

BUKIT KAYU HITAM – Taktik menyorok 20,600 kilogram (kg) beras putih di bawah 12 beg jumbo berisi temukut bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila sebuah treler ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini malam semalam.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd Yusof berkata, pegawai Kementerian Kesihatan AKPS mengesan cubaan menyeludup beras putih yang tidak diisytiharkan hasil pemeriksaan di Balai Pemeriksaan Kesihatan Kompleks ICQS kira-kira pukul 9 malam.

Katanya, kejadian dikesan selepas pegawai menerima dokumen bagi satu konsainan yang diikrarkan membawa temukut sebelum merujuk treler tersebut ke Balai Pemeriksaan Kesihatan Blok E untuk pemeriksaan menyeluruh.

“Berdasarkan dokumen pengisytiharan, konsainan berkenaan membawa 32 beg jumbo temukut dengan jumlah berat keseluruhan 33,040 kg.

“Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati hanya 12 beg jumbo mengandungi temukut yang diletakkan di bahagian atas muatan, manakala 20 beg jumbo lagi didapati berisi beras putih yang tidak diisytiharkan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Fauzi, beras putih itu dipercayai cuba diseludup dengan menyembunyikannya di bawah timbunan temukut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati setiap daripada 20 beg jumbo tersebut mengandungi kira-kira 1,030 kg beras putih dengan anggaran berat keseluruhan rampasan sebanyak 20,600 kg.

“Nilai anggaran rampasan adalah kira-kira RM64,000 dan beras berkenaan didapati tidak mempunyai pengisytiharan kastam yang sah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, treler yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an bersama muatan beras dan temukut tersebut telah disita.

“Kes akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Related Posts

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan. Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

KOTA KINABALU – Kerjasama teknologi mesti menghasilkan peningkatan yang boleh diukur dari segi produktiviti, kemahiran tempatan dan peluang pekerjaan supaya dapat menyumbang secara bermakna kepada ekonomi Sabah. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara