Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.

Keputusan itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan itu dibuat susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Najib sebelum ini menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 mendapati beliau bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, sebelum keputusan itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.

Pada 2 Februari 2024, Urusetia Lembaga Pengampunan mengumumkan keputusan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun.

Jumlah denda turut dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Sebelum keputusan terbaharu itu, permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan berhubung sabitan kes SRC International dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 11 September lalu.

Bagaimanapun, permohonan berkenaan ditangguhkan untuk dipertimbangkan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang.

Dengan keputusan terbaharu itu, Najib boleh menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan syarat denda RM50 juta dibayar.

Related Posts

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan perwakilan Selangor, Datuk Noorazli Said semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyangkal sentimen bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan pentadbiran terdahulu berkait isu pengurusan krisis pelarian etnik Rohingya di Malaysia, hanya sekadar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa