Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 484,699 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding 386,217 ketibaan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, peningkatan itu mengukuhkan kedudukan China sebagai pasaran sumber antarabangsa terbesar bagi Sabah.

“Ini mencerminkan permintaan berterusan pelancong China terhadap Sabah serta kepentingan memperkukuh jaringan perhubungan udara antara kedua-dua destinasi.

“Pertumbuhan kukuh ini mencerminkan permintaan berterusan dalam kalangan pelancong China terhadap Sabah dan menekankan kepentingan memperkukuh hubungan kita dengan China,” katanya semasa berucap di Majlis Sabah B2B Roadshow di Fuzhou, di sini, pada Jumaat.

Menurut Jafry, Xiamen Airlines akan menyambung semula penerbangan terus laluan Xiamen-Kota Kinabalu pada 23 September ini bersama-sama penerbangan sedia ada Fuzhou-Kota Kinabalu, menjadikan tujuh penerbangan terus seminggu dari wilayah Fujian ke Kota Kinabalu.

“Empat penerbangan itu adalah dari Xiamen manakala tiga lagi dari Fuzhou.

“Peningkatan jaringan perhubungan ini akan memudahkan pelancong dari Fujian dan kawasan sekitarnya untuk berkunjung ke Sabah, selain membuka lebih banyak peluang kepada industri pelancongan negeri,” jelasnya.

Untuk rekod, Sabah B2B Roadshow dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Chinese Tourism Association (MCTA) Sabah Chapter, Xiamen Airlines dan Lembaga Pelancongan Sabah.

Program itu menghimpunkan ejen pelancongan serta pemain industri dari Xiamen dan Quanzhou bagi meneroka peluang kerjasama baharu.

Related Posts

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

KUANTAN – Polis meminta penduduk tempatan sekitar Hutan Simpan Pemuliharaan Tasik Bera tidak menghalang tugas anggota penguat kuasa ketika melaksanakan operasi di kawasan itu. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini