Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dibuka semula pada jam 11.30 malam Khamis selepas pemeriksaan keselamatan terakhir selesai dijalankan.

Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) menerusi kemas kini di laman sosial rasminya memaklumkan, pembukaan semula landasan itu membolehkan operasi penerbangan di KKIA disambung kembali.

“Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah dibuka semula pada jam 11.30 malam selepas selesai pemeriksaan keselamatan terakhir.

“Penumpang yang melakukan perjalanan dari dan ke lapangan terbang dinasihatkan supaya menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing mengenai status dan perkembangan terkini penerbangan,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Terdahulu, landasan KKIA ditutup sementara sejak jam 2.45 petang bagi membolehkan kerja pembaikan landasan dilaksanakan dengan selamat.

Malaysia Airports sebelum itu memaklumkan hujan berterusan menjejaskan kemajuan kerja berkenaan, sekali gus menyebabkan tempoh penutupan landasan berlanjutan.

Penutupan sementara itu menjejaskan sekurang-kurangnya 20 penerbangan membabitkan ketibaan dan pelepasan di KKIA.

Bernama sebelum ini melaporkan beberapa penerbangan mengalami kelewatan atau dibatalkan, manakala beberapa penerbangan yang sepatutnya tiba di KKIA terpaksa dilencongkan ke Labuan dan Sandakan.

Gangguan berkenaan turut menyebabkan sebahagian penumpang terpaksa menunggu beberapa jam bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai jadual penerbangan masing-masing.

Dalam masa sama, Malaysia Airports turut menegaskan aspek keselamatan menjadi keutamaan dan operasi penerbangan hanya akan disambung selepas landasan berkenaan disahkan selamat untuk digunakan.

Related Posts

Cuba seludup syabu ke Sabah, lelaki ditahan bersama dadah RM4.3 juta

KUCHING- Taktik seorang lelaki menggunakan jalan darat untuk menyeludup dadah dari Miri ke Sabah terbongkar selepas dia ditahan di Jalan Mendamit dengan rampasan dadah bernilai RM4.3 juta pada 14 September…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah tempatan susulan penahanan seorang lelaki dan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM12.89 juta dalam serbuan di sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cuba seludup syabu ke Sabah, lelaki ditahan bersama dadah RM4.3 juta

Cuba seludup syabu ke Sabah, lelaki ditahan bersama dadah RM4.3 juta

Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas

Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas

Kerajaan Negeri Sembilan perlu tegas, jangan tunduk tekanan politik – PM Anwar

Kerajaan Negeri Sembilan perlu tegas, jangan tunduk tekanan politik – PM Anwar

Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

  • By Ezmie
  • September 18, 2026
Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar