‘Job On Campus’ bantu mahasiswa jana pendapatan

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan program penandaan peringkat kebangsaan iaitu inisiatif Job On Campus bagi membuka peluang pekerjaan kepada mahasiswa di dalam kampus universiti masing-masing.  

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, program tersebut membolehkan pelajar menjana pendapatan tambahan di samping melatih mereka untuk lebih berdikari.  

Menurut beliau, inisiatif itu turut memberi pendedahan kepada pelajar untuk menimba pengalaman kerja sebenar dalam pelbagai aspek termasuk pentadbiran, bergantung kepada kekosongan di jabatan universiti.  

“Melalui peruntukan yang sedia ada, pelajar yang menyertai program ini dibenarkan bekerja sehingga 20 jam seminggu dengan kadar upah RM6 sejam pada hari perkuliahan.  

“Bagi musim cuti pula, kuota masa bekerja dilanjutkan sehingga 40 jam seminggu, tertakluk kepada keperluan universiti,” katanya.  

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran MySISWA@Job On Campus Universiti Awam Malaysia di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada petang Selasa.

Mengulas lanjut mengenai inspirasi utama pelaksanaan inisiatif tersebut, Zambry menjelaskan bahawa kementeriannya prihatin dengan rintangan kewangan yang dihadapi oleh penuntut di institusi pengajian tinggi.  

“Kita sedia maklum ada sebahagian pelajar yang terpaksa bekerja di luar secara senyap-senyap untuk menambah pendapatan.  

“Oleh itu, mengapa tidak kita sediakan terus ruang pekerjaan di dalam kampus bagi membantu meringankan beban hidup mereka,” jelasnya.  

Related Posts

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

IPOH – Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Ipoh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka