Bersatu tidak goyah meskipun Pas hentikan kerjasama politik

IPOH – Keputusan Parti Islam Semalaysia (Pas) menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menggugat kekuatan parti itu, sebaliknya menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh perjuangan, kata Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tambun, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh.

Menurut beliau, Bersatu tidak dibina atas kekuatan mana-mana individu atau parti tertentu, tetapi berasaskan keyakinan terhadap perjuangan serta sokongan rakyat yang mahukan perubahan.

“Selagi prinsip perjuangan dipertahankan dan rakyat terus bersama, Bersatu akan terus melangkah ke hadapan.

“Perjuangan ini tidak bergantung kepada siapa yang datang atau pergi. Apa yang penting ialah istiqamah dalam membawa aspirasi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mubin yang juga antara pemimpin kanan yang rapat dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata sejarah telah membuktikan ramai pemimpin tertinggi Bersatu pernah meninggalkan atau disingkirkan daripada UMNO ketika parti itu berada di kemuncak kuasa.

Menurutnya, pengalaman tersebut menjadikan mereka lebih kental dalam menghadapi cabaran politik semasa.

“Adakah mereka mengeluh, meratap atau goyah selepas meninggalkan parti yang memerintah negara selama puluhan tahun?

“Sudah tentu tidak. Mereka bangkit, terus berjuang dan mara kerana yakin kekuatan sebenar bukan terletak pada kuasa, tetapi pada sokongan serta kepercayaan rakyat,” katanya.

Terdahulu, PAS mengejutkan landskap politik negara apabila mengumumkan keputusan menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu selepas meneliti kedudukan dan hala tuju hubungan antara kedua-dua parti.

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas yang dipengerusikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menjelaskan bahawa parti itu masih kekal berada dalam gabungan Perikatan Nasional dan mesyuarat berkenaan tidak menyentuh kedudukan PAS dalam gabungan tersebut.

Sebelum ini, Ahmad Faizal yang juga Naib Presiden Bersatu menegaskan partinya menghormati hak PAS untuk menentukan hala tuju sendiri sekiranya memilih bergerak secara solo dalam pilihan raya.

Menurut beliau, Bersatu tidak mempunyai hak untuk menghalang sebarang keputusan yang dianggap mampu memberi manfaat kepada perpaduan Melayu.

“Jika bergerak solo dalam pilihan raya boleh menguntungkan perpaduan Melayu, kita tiada hak menghalang mereka.

“Bersatu percaya masih ada banyak parti lain yang boleh bekerjasama walaupun tanpa PAS. Kita kekal berkawan, cuma bukan di pentas pilihan raya,” katanya.

Ahmad Faizal, yang lebih dikenali sebagai Peja, turut berpandangan bahawa mana-mana parti yang bercita-cita mentadbir negara tidak boleh bergerak secara bersendirian, sebaliknya perlu membina kerjasama strategik dengan parti politik lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat perjuangan yang seiring.

Beliau berkata, PN sebelum ini berjaya meraih sokongan besar masyarakat Melayu sehingga muncul sebagai antara blok politik utama pada Pilihan Raya Umum ke-15, namun Bersatu tetap menghormati sebarang keputusan yang dibuat PAS berhubung hala tuju politiknya pada masa depan.

Related Posts

Politik penyatuan ummah: Prinsip atau sekadar strategi pilihan raya?

PERKEMBANGAN politik mutakhir yang menyaksikan Pas mengambil pendirian memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu menimbulkan pelbagai persoalan mengenai hala tuju sebenar gabungan yang selama ini dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN). Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas mampu bergerak solo, perpisahan dengan Bersatu sudah dijangka – Aminuddin

BERAKHIRNYA kerjasama politik antara Pas dan Bersatu yang diputuskan semalam bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sejarah membuktikan hubungan Pas dengan beberapa parti politik sebelum ini sering berakhir dengan perpisahan. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Politik penyatuan ummah: Prinsip atau sekadar strategi pilihan raya?

Politik penyatuan ummah: Prinsip atau sekadar strategi pilihan raya?

Mahasiswa Malaysia di Jepun perlu timba pengalaman, hayati nilai masyarakat setempat – PM

Mahasiswa Malaysia di Jepun perlu timba pengalaman, hayati nilai masyarakat setempat – PM

RM7.5 juta projek tembok keselamatan, jalan dan pos kawalan Pulau Sebatik

RM7.5 juta projek tembok keselamatan, jalan dan pos kawalan Pulau Sebatik

PM Anwar tegaskan pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan

PM Anwar tegaskan pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan

DBKL nafi video tular penjaja depan KLCC, sahkan rakaman lama

DBKL nafi video tular penjaja depan KLCC, sahkan rakaman lama

Liputan telekomunikasi Perak lengkap, tamatkan titik buta Lebuhraya PLUS

Liputan telekomunikasi Perak lengkap, tamatkan titik buta Lebuhraya PLUS