PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus memperkukuhkan struktur organisasi parti di peringkat negeri bagi memastikan kesiapsiagaan jentera serta mempertingkatkan keberkesanan gerak kerja politik dan organisasi menjelang cabaran-cabaran mendatang.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Farid Sainuri berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah telah bersetuju melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam struktur kepimpinan negeri.

“Antara pelantikan yang dipersetujui adalah pelantikan tiga Ahli Biro Politik (Biropol) MPN Sabah yang baharu iaitu Datuk Jamawi Jaafar, Datuk Ruji Ubi dan Datuk Yamani Hafez Musa.

“Pelantikan ini diyakini akan memperkukuhkan lagi fungsi Biro Politik dalam memberikan pandangan strategik serta membantu memperkemas hala tuju parti di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi memastikan kelangsungan kepimpinan dan pengukuhan organisasi parti di cabang Tuaran dan Semporna, Patrict Sulaiman diamanahkan sebagai Ketua Cabang Tuaran yang baharu manakala Cabang Semporna dipimpin oleh Arastam Pandorog.

Tambahnya, MPN Sabah juga bersetuju melantik Ketua Cabang Tawau, Fung Thien Yin, sebagai Naib Pengerusi MPN III bagi mewakili Zon Tawau.

“Pelantikan ini bertujuan memperkukuhkan representasi kepimpinan mengikut zon serta memastikan suara dan keperluan akar umbi di kawasan Pantai Timur terus diberikan perhatian sewajarnya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Farid berkata, PKR Sabah turut menyatakan komitmen untuk membantu parti menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang di Johor dan Negeri Sembilan.

“Sebagai tanda solidariti serta semangat perjuangan bersama, Sabah akan menghantar pasukan sukarelawan bagi membantu gerak kerja kempen dan jentera pilihan raya di kedua-dua negeri tersebut,” kongsinya.

PKR Sabah percaya bahawa kekuatan parti terletak pada kesatuan, disiplin organisasi dan kesediaan seluruh anggota untuk berkhidmat di mana sahaja diperlukan.

“Semangat inilah yang akan terus menjadi asas perjuangan parti dalam memperjuangkan agenda reformasi dan kebajikan rakyat,” tegasnya.

Related Posts

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

PADAWAN – Sambutan Gawai Brumbiak Pinyawa 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan 14 kontinjen dalam perarakan budaya yang menjadi acara kemuncak program tersebut pada Ahad. Perarakan yang bermula dari Dewan Kampung Serumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

MUKAH – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu bernilai RM500,000 menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Timbalan Menteri Ekonomi ⁠merangkap Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa