MAHAKARYA 2026 tonjol keupayaan mahasiswa ASTiF terjemah ilmu melalui karya kreatif

KOTA KINABALU – Penganjuran MAHAKARYA 2026 membuktikan keupayaan mahasiswa seni mengaplikasikan ilmu akademik, penyelidikan dan pemikiran kritikal menerusi penghasilan karya kreatif yang relevan dengan masyarakat serta perkembangan industri semasa.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, program anjuran Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) itu bukan sekadar platform mempamerkan projek akhir pelajar, malah menjadi medan penting untuk menguji kemampuan mahasiswa menterjemahkan ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian.

“Setiap karya yang dipersembahkan merupakan hasil proses pembelajaran, latihan dan penyelidikan yang panjang, sekali gus mencerminkan tahap kematangan intelektual dan kreativiti mahasiswa.

“Setiap karya yang dipersembahkan bukan hanya lahir daripada bakat semula jadi, tetapi dibentuk melalui proses pembelajaran, latihan, penyelidikan dan pemikiran kritikal yang panjang.

“Program seperti ini membuktikan bahawa mahasiswa mampu menghubungkan ilmu akademik dengan realiti masyarakat dan keperluan industri kreatif masa kini,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Datuk Dr Rossita Shapawi.

Tambah Kasim, seni bukan sekadar medium hiburan atau saluran meluahkan emosi, sebaliknya berperanan sebagai bahasa tamadun yang mencerminkan identiti, nilai serta pemikiran sesebuah masyarakat.

“Karya seni yang dihasilkan mampu membentuk pemahaman lebih mendalam terhadap kehidupan melalui perspektif kemanusiaan yang luas serta menjadi warisan penting kepada generasi akan datang.

“Seni mengajar manusia untuk melihat lebih dalam daripada apa yang kelihatan, mendengar lebih daripada apa yang diperkatakan serta memahami kehidupan melalui perspektif kemanusiaan yang lebih luas.

“Sesebuah bangsa bukan hanya dikenang melalui pembangunan fizikal atau kekuatan ekonomi semata-mata, tetapi juga melalui karya seni dan budaya yang diwariskan kepada generasi akan datang,” ujarnya .

Sementara itu, Dekan ASTiF UMS, Profesor Madya Dr Zairul Anwar Md. Dawam berkata, pelancaran Program Teater dengan Tari dalam majlis tersebut mencerminkan komitmen akademi memperkukuh pendidikan seni persembahan yang lebih dinamik dan selaras dengan kehendak semasa.

“Program berkenaan diperkenalkan menerusi penambahbaikan struktur akademik bagi memberi fokus yang lebih jelas terhadap bidang teater dan tari selain memenuhi piawaian yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Langkah ini bertujuan memastikan fokus pengajian yang lebih jelas, pembangunan kepakaran yang lebih mendalam serta pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar.

“Melalui gabungan teater dan tari, pelajar bukan sahaja dilatih dalam aspek persembahan, tetapi turut diasah dari sudut kepekaan emosi, disiplin, keyakinan diri dan keberanian menyuarakan idea,” jelasnya.

Tambahnya, penawaran program tersebut dijangka melahirkan lebih ramai graduan seni persembahan yang bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal, malah mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif negara yang semakin berkembang.

MAHAKARYA 2026 menghimpunkan pelbagai hasil karya dan persembahan mahasiswa ASTiF yang mencerminkan kreativiti, inovasi serta kemampuan mereka meneroka pelbagai bentuk ekspresi seni sebagai medium ilmu, budaya dan pembangunan masyarakat.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik