Bila Raja-Raja Melayu hanya jadi modal politik

PAS selama ini sering menampilkan diri sebagai antara parti paling lantang mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu. Di pentas ceramah, media sosial mahupun kenyataan rasmi, parti itu tidak pernah terlepas daripada mengingatkan rakyat tentang kepentingan menjunjung kedaulatan institusi beraja.

Namun persoalan yang timbul hari ini ialah sejauh mana komitmen itu benar-benar diterjemahkan dalam tindakan dan komunikasi rasmi mereka sendiri?

Persoalan tersebut tercetus susulan hantaran media sosial Pemuda Pas Malaysia yang menyatakan Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar telah ‘ditabal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12’.

Hantaran itu segera mencetuskan perdebatan kerana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah masih ialah Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang terus menjalankan fungsi baginda dan diiktiraf oleh kerajaan negeri, Persekutuan serta pelbagai pihak berautoriti.  

Walaupun kemungkinan besar ia berpunca daripada kecuaian editorial atau kegagalan semakan fakta, isu yang lebih besar ialah bagaimana sebuah organisasi politik yang sering mendakwa menjadi benteng institusi diraja boleh melakukan kesilapan yang begitu asas dalam perkara berkaitan takhta dan adat istiadat negeri.

Dalam politik, persepsi sering kali lebih kuat daripada penjelasan. Apabila sesebuah organisasi mengeluarkan kenyataan rasmi yang memberi gambaran seolah-olah telah berlaku pertukaran Yang di-Pertuan Besar, rakyat berhak mempersoalkan tahap ketelitian dan kefahaman pihak yang mengendalikan komunikasi tersebut.

Lebih menarik, Pas sebelum ini tidak pernah berkompromi apabila melibatkan pihak lain yang didakwa menyentuh sensitiviti institusi diraja. Kritikan keras sering dilontarkan, malah ada yang dilabel sebagai tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.

Tetapi apabila kekeliruan berlaku dalam saluran rasmi sendiri, standard yang sama juga sewajarnya digunakan.

Inilah yang menjadi persoalan pokok dalam isu ini.

Adakah mempertahankan institusi diraja hanya relevan apabila melibatkan pihak lawan politik, atau prinsip yang sama turut terpakai kepada organisasi sendiri?

Hakikatnya, institusi Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol politik yang boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Ia merupakan salah satu tonggak utama sistem kenegaraan Malaysia yang menuntut penghormatan, kefahaman dan ketelitian dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Justeru, Pemuda Pas wajar tampil memberikan penjelasan terbuka kepada masyarakat. Bukan semata-mata untuk menjelaskan maksud sebenar hantaran tersebut, tetapi juga bagi menunjukkan bahawa mereka mengambil serius sebarang kekeliruan yang melibatkan institusi beraja.

Dalam era media sosial yang bergerak pantas, kesilapan mungkin boleh berlaku. Namun bagi parti yang sering mendakwa menjadi pembela institusi Raja-Raja Melayu, ukuran rakyat tentunya lebih tinggi.

Kerana mempertahankan institusi diraja bukan hanya tentang slogan dan retorik politik, tetapi juga tentang disiplin fakta, ketepatan maklumat dan konsistensi prinsip.

Dan dalam isu ini, itulah persoalan yang masih menunggu jawapan.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati