Pertemuan Pas-UMNO buka persoalan hala tuju PN

KANGAR – Pertemuan membabitkan pimpinan Pas dan UMNO di ibu negara semalam mula mencetuskan persoalan mengenai hala tuju blok pembangkang Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya akan datang.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bagaimanapun berkata, kerajaan negeri mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap perkembangan tersebut.

Beliau berkata, apa yang lebih penting ketika ini adalah memastikan perpaduan rakyat terus dipelihara selain mengutamakan kestabilan politik demi kepentingan negara.

“Bagi saya, kita akan tunggu dan lihat keadaan sekarang ini. Yang pentingnya adalah penyatuan orang-orang Melayu. Dalam parti pun, seeloknya kita duduk dengan baik.

“Apa sahaja masalah, kita bincang elok-elok, tidak payah bergaduh. Rakyat adalah hakim untuk menentukan hala tuju kepimpinan negara, itu yang paling penting sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Abu Bakar mengulas pengesahan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pertemuan antara pimpinan parti itu dengan UMNO di Kuala Lumpur semalam.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan menyifatkan pertemuan tersebut sebagai perjumpaan biasa dan memaklumkan beliau sendiri tidak hadir dalam sesi berkenaan.

Pada masa sama, Abdul Hadi turut menyatakan usaha menghidupkan semula gagasan Muafakat Nasional selaras dengan pendirian Pas yang mahu memperkukuh landskap politik Melayu dan umat Islam di negara ini.

Perkembangan tersebut menarik perhatian pelbagai pihak memandangkan Pas masih berada dalam gabungan PN bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas perjalanan sidang DUN Perlis pula, Abu Bakar berkata, persidangan kali ini berlangsung dengan lancar dan dalam suasana harmoni.

Katanya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberi ruang untuk berbahas dan menyampaikan pandangan masing-masing tanpa menyentuh perkara bersifat peribadi.

“Di sinilah kita nak pertahankan hubungan kerajaan PN, itu yang penting sekali. Hubungan antara ADUN-ADUN dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri,” katanya.

  • Related Posts

    Kritik Pas tak bermaksud kritik Islam dan ulama – Mahfuz

    KENYATAAN terbaharu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa ‘Pas tidak ditenggelamkan selagi bersama Islam’, sekali lagi mengundang kritikan kerana menggambarkan seolah-olah parti itu berkait dengan agama Islam. Naib…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Hubungan dalam Kerajaan Perpaduan kekal stabil meskipun hadapi saingan PRN

    PUTRAJAYA – Keputusan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding secara berasingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak menjejaskan kerjasama yang terjalin dalam Kerajaan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

    2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

    Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

    Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

    Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

    Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

    Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

    Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

    UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

    UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

    Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

    Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati