Campur tangan Anwar percepat pembinaan Sekolah Sukan Perlis

KANGAR – Campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu mempercepatkan pelaksanaan projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Chabang, Padang Besar yang terbengkalai sejak sekian lama.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, projek berkenaan kini mencapai kira-kira 60 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2027.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya jumpa Perdana Menteri pada Mac lepas dan beliau begitu komited untuk membantu Perlis serta menyelesaikan isu sekolah sukan ini.

“Saya minta tolong dan keesokan harinya beliau sendiri menghubungi saya serta memaklumkan arahan sudah diberikan supaya pembinaan dan pelaksanaan sekolah sukan itu disegerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, perkembangan itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam membantu merealisasikan projek penting yang memberi manfaat kepada pembangunan sukan di negeri ini.

Katanya, sekolah sukan yang dinamakan sempena Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat sukan negeri.

“Sekolah ini diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama Perlis dan negara pada masa depan,” katanya.

Pada 27 April lalu, Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu perlu diserahkan segera kepada syarikat yang berkeupayaan bagi memastikan pembinaannya dapat diteruskan.

Projek itu antara inisiatif pembangunan sukan utama di Perlis yang diharapkan dapat memperkukuhkan ekosistem pembangunan atlet muda serta menyediakan kemudahan latihan yang lebih sistematik di negeri berkenaan.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil