Negara Islam perlu bersatu tangani konflik Asia Barat – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara Islam perlu memperkukuh perpaduan dan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha menghentikan konflik serta keganasan berpanjangan di Asia Barat.

Perdana Menteri berkata, dunia ketika ini memerlukan pendekatan politik yang berpaksikan kebijaksanaan dan kewarasan, bukannya dipengaruhi sentimen melampau yang hanya memburukkan lagi keadaan.

Beliau berkata, konflik membabitkan Gaza, selatan Lubnan dan Iran bukan sahaja mengorbankan nyawa, malah memberi kesan terhadap kestabilan ekonomi global termasuk kepada negara di rantau ini.

“Suasana ini sekali lagi kesannya sampai ke rantau kita. Negara yang mencatat ekonomi baik dan keadaan aman tetapi terjejas sedikit sebanyak lantaran kesan ekonomi tidak menentu.

“Saya aneh dengan masyarakat antarabangsa. Kalau kita mahu berharap Eropah, Amerika Syarikat (AS) untuk meletak semangat demokrasi (dan) keadilan, saya ingat ia sudah pupus sama sekali.

“Sebab yang nyata apabila rakyat Gaza dan selatan Lubnan dizalimi, hampir tidak beri kesan… betapa maruah di dunia ini yang berisik (riuh).

“Jadi, sebab itulah saya selalu katakan ini ciri kemunafikan, hipokrasi dunia Barat yang boleh mengizinkan (kezaliman berlaku),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, Malaysia akan terus mempertahankan prinsip kebebasan dan konsisten menyuarakan pembelaan terhadap golongan yang ditindas termasuk rakyat Palestin di Gaza.

Beliau berkata, pendekatan politik yang terlalu dipengaruhi emosi dan sentimen sempit tidak akan membantu menyelesaikan krisis dunia yang semakin meruncing.

“Sebab itu, politik kita jangan terbawa-bawa dengan sentimen. Harus tenang, ada kebijaksanaan, tumpu membela nasib rakyat… bukannya untuk menggila seperti yang berlaku di negara Barat.

“Bagi Malaysia, kita masih mempertahankan prinsip kebebasan serta menyatakan hak sama ada bagi umat Islam yang tertindas atau manusia lain, dan suara kita akan terus tegas serta lantang,” katanya.

Related Posts

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin