Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

KUCHING – Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berharap lebih ramai wanita dapat diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang bagi meningkatkan perwakilan golongan itu dalam politik.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemilihan calon perlu dibuat berdasarkan kaliber, merit dan keupayaan untuk memenangi kerusi, bukan semata-mata kerana seseorang itu wanita.

“Pada setiap pilihan raya, baik pilihan raya negeri mahupun pilihan raya umum, kita mahu melihat lebih ramai wanita menjadi wakil.

“Bukan sahaja dicalonkan, malah yang sangat penting ialah menang dan seterusnya menjadi wakil rakyat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata, penyertaan wanita dalam bidang politik masih rendah berbanding pencapaian mereka dalam sektor kepimpinan lain.

Menurutnya, Wanita PBB berharap berlaku peningkatan dalam jumlah perwakilan wanita pada setiap pilihan raya.

Namun, beliau berkata, pihaknya memahami bahawa kepimpinan parti perlu memastikan calon yang dipilih mempunyai kemampuan dan kekuatan sendiri.

“Kita akur bahawa calon yang dipilih bukan hanya sebab dia seorang wanita, tetapi atas kalibernya sendiri dan meritokrasinya sendiri.

“Winnable candidate. Itu yang ditekankan sebab bila kita berperang, kita mesti menang,” katanya.

Fatimah berkata, Wanita PBB akan terus memperkukuh kesiapsiagaan anggotanya bagi memastikan mereka mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Related Posts

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

KOTA SAMARAHAN – Tiga warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah berganda apabila merangkul anugerah berprestij pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi pencapaian cemerlang dalam bidang kepimpinan mahasiswa, inovasi serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

MUKAH – Projek menaik taraf jalan masuk dan tempat letak kereta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, di sini yang bernilai RM300,000 telah siap sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselesaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin