Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

KOTA SAMARAHAN – Tiga warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah berganda apabila merangkul anugerah berprestij pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi pencapaian cemerlang dalam bidang kepimpinan mahasiswa, inovasi serta seni kreatif.

Pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis lalu, dua mahasiswa UNIMAS menerima pengiktirafan tertinggi yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahasiswa Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Muhammad Faiz Farhan Yusnizam berjaya merangkul Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi, manakala Avinash Loganathan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Daya Usaha Inovasi Siswa.

Pencapaian tersebut melakar lembaran baharu buat UNIMAS memandangkan ia merupakan kejayaan sulung universiti berkenaan di pentas ATSN.

Pada peringkat antarabangsa pula, pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FACA), Dr Mohamad Faizuan Mat menerima pengiktirafan Highly Commended dalam anugerah International Academy Awards bagi kategori Use of Art in Public and Private Spaces.

Pengiktirafan anjuran International Academy for Design and Health yang berpangkalan di Sweden itu dianugerahkan susulan keberkesanan karya beliau, The Bin Art Project, Kuching, Sarawak yang mengetengahkan elemen seni sebagai pendekatan kreatif bagi menghidupkan ruang awam dan swasta.

Anugerah berprestij antarabangsa itu telah disampaikan bersempena dengan penganjuran 15th Design & Health World Congress & Exhibition 2026 yang berlangsung di Kuching pada 28 September hingga 2 Oktober lalu.

Menurut kenyataan rasmi pengurusan UNIMAS, kejayaan ketiga-tiga warganya itu membuktikan kemampuan warga kampus dalam menterjemahkan kecemerlangan yang bukan sahaja tertumpu pada bidang akademik, malah melangkaui elemen kepimpinan, inovasi dan kreativiti.

“Pencapaian ini membuktikan warga UNIMAS mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat nasional serta antarabangsa dalam menghasilkan sumbangan berimpak tinggi kepada masyarakat dan negara.

“Ia diharap menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada warga kampus untuk terus meneroka ruang kecemerlangan baharu yang mampu memberi manfaat menyeluruh kepada kemampanan masyarakat,” jelas kenyataan itu.

Related Posts

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

MUKAH – Projek menaik taraf jalan masuk dan tempat letak kereta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, di sini yang bernilai RM300,000 telah siap sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselesaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

KUCHING – Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berharap lebih ramai wanita dapat diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang bagi meningkatkan perwakilan golongan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin