Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

MUKAH – Projek menaik taraf jalan masuk dan tempat letak kereta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, di sini yang bernilai RM300,000 telah siap sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselesaan serta keselamatan warga pendidik dan pelajar.

Sesi penyerahan projek siap oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah kepada Pengetua SMK Three Rivers, Donny Dahlan itu telah disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine pada Selasa.

Royston berkata, penyediaan infrastruktur asas yang sempurna amat penting bagi memastikan aliran trafik kenderaan keluar masuk ke kawasan premis sekolah berjalan dengan lancar dan lebih teratur.

“Kemudahan tempat letak kereta yang lebih luas dan baik ini dapat mengurangkan kesesakan, terutamanya pada waktu puncak persekolahan mahupun ketika penganjuran program rasmi yang melibatkan kehadiran ibu bapa serta komuniti.

“Saya berharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Aspek penyelenggaraan juga perlu sentiasa diberi perhatian oleh pihak sekolah agar ia dapat digunakan dalam tempoh yang panjang,” katanya.

Terdahulu, Royston turut meluangkan masa menghadiri majlis penyerahan projek siap bagi kerja-kerja menaik taraf dewan berbumbung terbuka di Sekolah Kebangsaan (SK) SLDB No. 1 yang terletak di Jalan Mukah-Selangau.

Related Posts

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

KOTA SAMARAHAN – Tiga warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah berganda apabila merangkul anugerah berprestij pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi pencapaian cemerlang dalam bidang kepimpinan mahasiswa, inovasi serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

KUCHING – Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berharap lebih ramai wanita dapat diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang bagi meningkatkan perwakilan golongan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin