Ekosistem kerjaya makin mencabar, KDJA tuntut pembelaan menyeluruh wartawan Sarawak

KUCHING – Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) mendesak agar sistem sokongan dan jaringan perlindungan kebajikan pengamal media di Sarawak diperkukuh bagi memastikan golongan itu tidak terus terpinggir.

Presidennya, Ronnie Teo menegaskan, nasib pemberita muda, pekerja bebas dan wartawan sambilan yang berdepan realiti kerjaya semakin mencabar wajib diberikan jaminan keselamatan yang lebih terjamin.

Menurut beliau penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 dan Akta Majlis Media Malaysia 2025 pada peringkat persekutuan baru-baru ini merupakan langkah tepat yang mencetuskan sinar positif buat kelestarian industri kewartawanan tempatan.

Sehubungan itu beliau menggesa organisasi media dan pengendali platform digital mengambil tanggungjawab melaksanakan kontrak yang lebih adil. Ia merangkumi kemudahan perlindungan insurans, jaminan hak pekerja serta penyediaan mekanisme penyelesaian konflik khusus untuk wartawan bebas di Bumi Kenyalang.

Kesihatan mental dan keselamatan jadi keutamaan

Menyentuh berkenaan cabaran semasa, KDJA meluahkan kebimbangan terhadap tekanan kesihatan mental petugas media yang berpunca daripada sistem sokongan persekitaran kerja yang masih lemah selain terpaksa berdepan beban tugas dan waktu kerja tidak menentu.

Ancaman keselamatan ketika membuat liputan kes sensitif atau penugasan di kawasan pedalaman juga masih membelenggu pengamal media di negeri ini.

Oleh itu, Sarawak amat memerlukan program pembinaan kapasiti, latihan setempat dan skim kebajikan yang direka khusus bagi melindungi wira tidak didendang ini.

Ronnie turut mengingatkan agar dasar murni di peringkat kebangsaan disusuli dengan tindakan praktikal supaya segala manfaat dan pembelaan tersebut benar-benar dapat dirasai pengamal media di peringkat akar umbi.

Bercakap sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, beliau memaklumkan acara kemuncak sambutan tersebut bakal berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth Pulau Pinang pada 20 Jun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis pengiktirafan tahunan berkenaan yang mengangkat tema Media Berintegriti Teras Kredibiliti.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan