Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

KUCHING – Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini mula memperkemas kesiapsiagaan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang menerusi siri latihan, penyusunan organisasi dan pengukuhan kemahiran pengurusan pilihan raya.

Ketua Pergerakan Wanita PBB, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, persiapan awal berkenaan menjadi antara fokus utama Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB (Penggal 2025-2028) kali ketiga bagi tahun ini.

Tegas beliau, persiapan jentera bagi menghadapi pilihan raya menuntut perancangan yang rapi dan tidak boleh dilakukan pada saat-saat akhir.

“Ia perlu dirancang (awal) supaya parti sayap wanita kita menjadi satu jentera yang tersusun, berstruktur dan cekap dalam memastikan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam satu sidang media, pada Selasa.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak menjelaskan, Ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB yang kebanyakannya terdiri daripada Ketua Wanita di peringkat cawangan memainkan peranan yang amat kritikal pada peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, katanya, beberapa program pemerkasaan telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran ahli, termasuk program Kamek Prihatin, Kitak Penting, Simpulan Kasih, Skuad Sayang dan Skuad Kita Empun (SKE).

Beliau memberitahu, platform program berkenaan turut dimanfaatkan untuk melengkapkan ahli dengan maklumat tepat mengenai agenda pembangunan Sarawak, khususnya Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Sebagai jentera parti, kita mesti ada maklumat, ilmu dan kemahiran. Kemahiran baharu amat diperlukan bagi menghadapi sebarang perubahan landskap pilihan raya, terutamanya mengambil kira faktor pertambahan bilangan pengundi sedia ada,” ujarnya.

Terdahulu, mesyuarat tersebut turut memfokuskan kepada tiga taklimat utama merangkumi perancangan program Kamek Prihatin, Kitak Penting di Zon Miri, serta latihan operasi berkaitan tugas Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi (PACA).

Tambahnya, penyusunan jentera secara strategik adalah penting bagi memastikan sayap Wanita PBB dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan sebaik sahaja semboyan pilihan raya dibunyikan kelak.

Related Posts

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

KOTA SAMARAHAN – Tiga warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah berganda apabila merangkul anugerah berprestij pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi pencapaian cemerlang dalam bidang kepimpinan mahasiswa, inovasi serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

MUKAH – Projek menaik taraf jalan masuk dan tempat letak kereta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, di sini yang bernilai RM300,000 telah siap sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselesaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin