Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.

Skuad kendalian Mikel Arteta mengesahkan kejuaraan EPL musim ini, berjaya meraih tiga mata hasil jaringan Gabriel Jesus dan Noni Madueke untuk mengumpul 85 mata dalam 38 perlawanan.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, para pemain Arsenal menuju ke arah penyokong di tempat lawan untuk meraikan kejayaan bersejarah menamatkan penantian panjang selepas kali terakhir menang ketika era Invincibles pada 2004,.

Dalam satu lagi keputusan tumpuan, era gemilang Pep Guardiola bersama Manchester City berakhir dengan kekalahan apabila mereka tumbang 1-2 kepada Aston Villa.

Gol separuh masa kedua daripada Ollie Watkins memadam jaringan awal Antoine Semenyo ketika Villa melengkapkan kemenangan berganda ke atas City buat kali pertama sejak musim 1962/63.

Di Stadium Amex, Manchester United turut menutup tirai musim dengan kemenangan selepas menewaskan Brighton 3-0 hasil jaringan Patrick Dorgu, Bryan Mbeumo dan Bruno Fernandes.

Di Stadium of Light pula, Sunderland mencipta sejarah tersendiri apabila kemenangan mereka memastikan kelab itu kembali beraksi di pentas Eropah buat kali pertama sejak musim 1973/74 dengan menewaskan Chelsea 2-1.

Di zon penyingkiran, Tottenham berjaya kekal dalam saingan EPL selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Everton dengan West Ham tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan walaupun menang 3-0 ke atas Leeds United.

Related Posts

Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

PRESIDEN Mexico, Claudia Sheinbaum beri jaminan majlis pembukaan Piala Dunia minggu ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal meskipun wujud kebimbangan susulan protes berterusan oleh kumpulan guru di negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu