Marina Ibrahim gesa siasatan menyeluruh isu gangguan seksual libatkan guru

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim, melahirkan kebimbangan serius terhadap isu keselamatan pelajar di sekolah susulan pendedahan beberapa kes gangguan dan eksploitasi seksual yang didakwa melibatkan golongan pendidik.

Menurut beliau, sekolah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk kanak-kanak kini mula menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa apabila muncul pelbagai dakwaan berkaitan salah laku seksual melibatkan pelajar bawah umur.

Marina berkata, masyarakat tidak boleh lagi memandang ringan isu berkenaan atau menutupnya atas alasan menjaga aib, sebaliknya tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar terus terpelihara.

“Ini bukan soal aib. Ini soal bagaimana kita melindungi anak-anak daripada individu yang gagal mengawal nafsu dan menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai pendidik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Marina turut menegaskan bahawa jika benar wujud kes melibatkan guru yang hanya dipindahkan tanpa siasatan menyeluruh atau tindakan sewajarnya, perkara itu perlu didedahkan dan disiasat secara telus.

Beliau menggesa lebih ramai pihak yang mempunyai maklumat atau bukti tampil ke hadapan bagi membantu membanteras sebarang elemen predator seksual yang didakwa wujud dalam institusi pendidikan.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh reaksi segelintir masyarakat yang memandang sinis atau memperlekehkan kes penderaan seksual melibatkan pelajar lelaki, termasuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan jenaka.

“Pemikiran sedemikian amat membimbangkan kerana ia menunjukkan kurangnya kesedaran tentang trauma psikologi yang boleh dialami mangsa, tanpa mengira jantina.

“Kanak-kanak yang terdedah kepada eksploitasi seksual terlalu awal boleh mengalami kekeliruan emosi, gangguan terhadap pemahaman sempadan seksual, trauma psikologi dan kesan jangka panjang terhadap pembentukan diri,” ujarnya.

Marina turut menegaskan bahawa hujah kononnya pelajar bawah umur ‘rela’ tidak boleh diterima kerana kanak-kanak masih berada dalam fasa perkembangan emosi dan mudah dimanipulasi oleh individu dewasa yang mempunyai kuasa atau pengaruh terhadap mereka.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia menjalankan siasatan lebih mendalam sekiranya terdapat kes-kes lain yang serupa, selain mengambil tindakan bukan sahaja terhadap pelaku, malah terhadap mana-mana pihak yang didakwa cuba menyembunyikan atau menutup kes.

Beliau menegaskan bahawa isu keselamatan pelajar di sekolah tidak boleh dikompromi kerana institusi pendidikan seharusnya menjadi ruang perlindungan, bukannya medan ancaman kepada kanak-kanak.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63