Op Redback Siri Ke-22 perkukuh kerjasama Malaysia-Australia tangani jenayah rentas sempadan

SANDAKAN – Pelaksanaan Operasi Redback (Op Redback) Siri Ke-22 di Sandakan buat pertama kali berjaya memperkukuh kerjasama antara Australia dan Malaysia dalam membanteras jenayah rentas sempadan, termasuk penyeludupan migran serta aktiviti jenayah maritim lain di perairan Sabah.

Ketua Delegasi Australian Border Force (ABF) ke Malaysia, Superintendent Brooke Leung berkata, ABF bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) komited untuk memastikan ancaman jenayah antarabangsa dapat dibendung sebelum ia berlaku.

Menurut Brooke, operasi berkenaan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan selain berjaya memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Kami berpeluang bertemu ramai ahli komuniti di Kampung (Kg) Sungai (Sg) Darling dan Kg Bambangan serta berinteraksi dengan rakan-rakan daripada Zon Maritim Sandakan.

“Kini, kami mempunyai kerjasama yang kukuh di Sandakan. Sebagai agensi yang memimpin aspek keselamatan sempadan dan perairan, amat penting untuk kami berkongsi maklumat dengan rakan-rakan strategik,” kongsinya semasa ditemui media selepas Majlis Penutupan Operasi Redback 22/2026 di Sandakan, pada Jumaat.

Tambah Brooke, Malaysia merupakan jiran yang sangat rapat dengan Australia dan perkongsian maklumat serta pelaksanaan operasi bersama akan terus dipertingkatkan demi keselamatan serantau.

“Saya percaya semakin banyak maklumat dan operasi yang dapat dikongsi bersama, semakin berkesan usaha kita dalam melindungi komuniti dan kawasan perairan masing-masing,” ujarnya.

Mengulas cabaran sepanjang pelaksanaan Operasi Redback di Semenanjung Malaysia dan Borneo khususnya di Sandakan, katanya, operasi itu bertujuan mendidik masyarakat serta memperkukuh kerjasama dalam mengenal pasti taktik dan metodologi baharu yang digunakan sindiket jenayah.

“Kami kini mempunyai platform perkongsian maklumat yang kukuh. Fokus utama kami adalah menangani ancaman seperti penyeludupan migran, penyeludupan barangan dan aktiviti perikanan haram.

“Matlamat untuk bekerjasama dalam menangani aktiviti-aktiviti ini telah berjaya dicapai sepanjang operasi yang dilaksanakan minggu ini,” jelasnya.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU