Lebih 200 permohonan buka cawangan MADANI Mart di seluruh negara

PUTRAJAYA – Yayasan MADANI menerima lebih 200 permohonan untuk membuka cawangan MADANI Mart di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, lebih 20 pengusaha melepasi peringkat saringan awal dan sedang melalui proses pembangunan secara berperingkat.

Menurutnya, ia juga tertakluk kepada kesesuaian lokası, kesiapsiagaan operasi dan pematuhan kepada standard MADANI Mart.

“Sambutan terhadap inisiatif ini amat memberangsangkan apabila kita telah menerima lebih 200 permohonan daripada pelbagai pihak di seluruh negara melalui platform dalam talian dan secara fizikal.

“Sebagai sebahagian pelan pengembangan, dua lagi outlet MADANI Mart dijangka dibuka Jun ini di kawasan Inderapura di sini dan Kuala Lumpur, sekaligus menandakan permulaan peluasan jaringan Madani Mart ke kawasan Lembah Klang,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran rasmi MADANI Mart Cawangan Jalan Dato Wong Ah Jang di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang.

MADANI Mart bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Teruntum itu adalah yang kedua selepas pembukaan cawangan pertama di Indera Mahkota yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Fuziah yang juga Pengerusi Yayasan MADANI berkata, pembukaan outlet kedua itu mencerminkan perkembangan positif inisiatif Madani Mart yang dibangunkan melalui model kerjasama strategik melibatkan kerajaan, sektor swasta dan elemen sosial melalui Yayasan MADANI.

Katanya, MADANI Mart sebagai pelengkap yang selari dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan harian pada harga yang kompetitif

“Inisiatif ini turut melengkapi pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI KPDN yang terbukti membantu rakyat mendapatkan akses kepada barangan asas pada harga lebih rendah,” ujarnya.

Jelas beliau, Yayasan MADANI kekal komited untuk memperluaskan capaian manfaat MADANI Mart secara strategik dan mampan, supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati akses kepada barangan keperluan pada harga yang berpatutan.

Sementara itu katanya, selaras dengan maklum balas pasaran dan minat tinggi daripada pengusaha kedai runcit sedia ada, Yayasan MADANI kini sedang memperincikan satu model baharu yang lebih fleksibel, MADANI Mart Express.

“Model ini bertujuan membuka ruang kepada lebih ramai pengusaha kecil tempatan serta kedai runcit komuniti untuk menyertai ekosistem Madani Mart.

“Melalui pendekatan yang lebih praktikal dan inklusif ini, MADANI Mart Express turut mengutamakan aspek standardisasi, pematuhan operasi serta penawaran harga rahmah kepada rakyat,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya telah berunding dengan beberapa institusi kewangan mengenai peluang pembiayaan kepada usahawan untuk pembukaan oulet tersebut.

“Ada bank menyatakan kesediaan mereka dengan mengemukakan cadangan kertas kerja untuk dipertimbangkan,” ujarnya.

Related Posts

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran “Datuk Seri” (Dato’ Seri) bersempena dengan Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000