Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

UCAPAN tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai bukti kematangan politik yang menjamin hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri akan terus dipelihara.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mazlan Ali berkata, kenyataan Anwar yang menerima keputusan rakyat, mengucapkan tahniah kepada BN serta berharap kerajaan negeri baharu dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya mencerminkan amalan demokrasi yang matang.

Beliau berkata, pendirian Perdana Menteri yang turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus membantu Johor menunjukkan perbezaan politik tidak akan menjejaskan urusan pentadbiran.

“UMNO dan BN masih merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Walaupun PH dan BN bertanding dalam PRN Johor, hubungan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri tidak menjadi masalah.

“Kenyataan Perdana Menteri menunjukkan kerjasama antara Kuala Lumpur dan Johor akan terus berlangsung, selain Kerajaan Persekutuan kekal komited membantu pembangunan negeri itu pada masa depan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas dakwaan kemenangan besar BN di Johor mungkin mendorong UMNO memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen lebih awal, Mazlan berkata kemungkinan itu tidak boleh diketepikan, namun usaha menjatuhkan Kerajaan Persekutuan bukan sesuatu yang mudah.

Katanya, kerajaan pimpinan Anwar ketika ini mempunyai sokongan 153 Ahli Parlimen dan sekiranya BN menarik sokongan sekali pun, kerajaan masih memiliki kira-kira 123 kerusi, sekali gus melepasi majoriti mudah untuk terus mentadbir.

“Kerajaan masih boleh beroperasi seperti biasa kerana mempunyai majoriti mudah. Ruang untuk menjatuhkan kerajaan agak sukar.

“Tambahan pula, kerajaan kini hampir melengkapkan satu penggal pentadbiran dan Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menasihatkan pembubaran Parlimen apabila tiba masanya bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum,” katanya.

Beliau berpandangan kemenangan BN di Johor tidak akan menjejaskan kestabilan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dijangka terus berjalan dengan baik demi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan.

Pada PRN Johor, BN berjaya memperoleh majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan negeri.

Susulan keputusan itu, Anwar mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan berkenaan serta berharap kerajaan negeri baharu dapat melaksanakan amanah yang diberikan rakyat dengan sebaiknya.

Perdana Menteri turut menegaskan Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Johor dalam semangat federalisme, selain memastikan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat diteruskan meskipun PH dan BN bersaing dalam pilihan raya.

Related Posts

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

PERTEMUAN antara wakil diplomatik Amerika Syarikat (AS) dengan pemimpin pembangkang bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya sebahagian daripada amalan diplomasi untuk memahami perkembangan politik sesebuah negara, kata Ahli Majlis Penasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita