Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran “Datuk Seri” (Dato’ Seri) bersempena dengan Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di Pertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI mendahului senarai 230 individu yang menerima darjah kebesaran pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Penghormatan Negeri Pulau Pinang 2026 di Dewan Sri Pinang di sini hari ini, sekali gus menjadi penerima tunggal DPPN tahun ini.

Selain Fahmi, 19 individu dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang turut membawa gelaran “Datuk Seri” antaranya Pengerusi MARA Incoporated Sdn Bhd, Datuk Abdul Halim Mohammad dan Ketua Pegawai Esekutif Invest Penang Datuk Loo Lee Lian.

Sementara itu, sembilan individu dianugerahkan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN), manakala 72 lagi menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran “Datuk”.

Bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail menerima DMPN, manaka penerima DSPN termasuk pelakun filem terkenal yang juga pengarah dan penulis skrip Cathay -Keris Film Production Allahyarham Nordin Ahmad.

Selain itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim serta Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Terdahulu Tun Ramli dan isteri Toh Puan Raja Noora Asyikin Raja Abdullah tiba pada 8.45 pagi bagi menyempurnakan adat istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran , Bintang dan Pingat Kehormatan Pulau Pinang yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini serta pada 13,14 dan 15 Julai menyaksikan 101 individu menerima darjah kebesaran , manakala 1,120 lagi dianugerahkan bintang dan pingat kehormatan.

Related Posts

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan sebarang maklumat yang tular kini adalah tidak tepat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026