Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

KUANTAN – Ramai yang menyangka perkataan ‘kebinasaan’ hanya merujuk kepada kecederaan fizikal atau malapetaka alam.

Namun, hakikatnya, ancaman paling besar dan paling dekat dengan manusia hari ini adalah kebinasaan rohani akibat kelalaian sendiri.

Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Pekan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, melalui Surah Al-Baqarah, ayat 195, Allah SWT memberi amaran yang sangat tegas dalam hal ini.

“…dan janganlah kamu jatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.”

“Ayat ini bukan sekadar pesanan biasa, tetapi adalah satu ‘lampu merah’ buat umat Islam agar tidak membiarkan jiwa mereka mati akibat terperangkap dalam dosa dan putus asa,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau menjelaskan, menurut kupasan ayat tersebut, terdapat tiga tindakan utama yang sering dianggap remeh namun menjadi ejen pemusnah tegar kepada agama dan jiwa seseorang.

“Antaranya apabila tenggelam dalam maksiat, melakukan dosa tanpa rasa bersalah dan ia secara perlahan-lahan menggelapkan hati.

“Selain itu, apabila kita merasakan diri ‘terlalu berdosa’ hingga enggan kembali kepada Allah… adalah jerat syaitan yang paling berbahaya.

“Dan akhir sekali, mengabaikan solat, puasa, dan kewajipan lain seumpama meruntuhkan benteng pertahanan diri sendiri,” jelasnya.

Ahmad Irshadi memaklumkan, apabila manusia memilih mengabaikan perintah-Nya, mereka sebenarnya tidak menzalimi sesiapa melainkan diri mereka sendiri.

Ujarnya, keengganan untuk bertaubat hanya akan membawa kepada kehancuran hidup di dunia dan kerugian besar di akhirat.

“Ingatlah, jalan keluar dan ‘insurans’ keselamatan terbaik bagi setiap manusia adalah dengan kembali taat kepada Allah SWT. Pintu taubat sentiasa terbuka luas sebelum terlambat,” jelasnya.

Beliau dalam masa sama turut menasihati golongan pemuda yang suka membabitkan diri dalam aktiviti permotoran supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab.

Katanya, nahas menyayat hati seperti yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), awal pagi semalam, perlu dijadikan panduan dan pengajaran.

Dalam insiden itu, empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut selepas konvoi mereka terlanggar sebuah kereta di Kilometer 246.4 LPT2 menghala ke Kemaman di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam nahas kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dan Mohd Aizat Husni, 33 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi penunggang, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Related Posts

Onn Hafiz terperangkap dengan isu ‘bebaskan Bossku’- Norman

TINDAKAN Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat naratif kerinduan terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah politik yang akhirnya memakan diri sendiri. Penganalisis politik, Norman Radzuan berkata, isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Memahami jasa, pengorbanan merentasi 70 tahun usia FELDA

TAHUN ini genap tujuh dekad FELDA memberi bakti kepada warga peneroka di seluruh negara. Bermula di Lurah Bilut, dekat Bentong, Pahang, program tanah rancangan diperkenalkan Tun Abdul Razak itu sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000