Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, wanita terbabit ditahan pada Sabtu susulan laporan polis berhubung kejadian yang diterima pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengambil wang hasil jualan ketika menjalankan tugas di kaunter pembayaran.

“Semakan rakaman CCTV menunjukkan wanita itu telah beberapa kali mengambil wang hasil jualan dan memasukkannya ke dalam poket seluar dengan jumlah kerugian RM300,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Azri berkata, susulan penahanan suspek, polis turut merampas wang tunai RM350 dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 14 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda,” katanya.

Azri berkata, siasatan lanjut masih diteruskan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi dengan sebarang salah laku yang melibatkan harta atau wang milik syarikat.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

KUALA SELANGOR – Lebih 10,000 peluang pekerjaan termasuk jawatan profesional dengan tawaran gaji sehingga RM5,000 telah disediakan menerusi Karnival Jelajah JobCare Selangor yang bermula sejak April lalu. Pengurus Kes Sistem…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR