Maritim Malaysia tahan 4,107 migran, 316 penyeludup sepanjang 2026

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan penahanan seramai 4,107 migran dan 316 penyeludup di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, sindiket penyeludupan migran dikesan masih aktif menggunakan perairan negara susulan kedudukan strategik Malaysia di rantau ini.

“Statistik 2026 menunjukkan tiga negara merekodkan jumlah migran tertinggi ditahan iaitu Myanmar seramai 1,932 orang, diikuti Indonesia seramai 1,727 orang dan warga Filipina dengan 180 orang.

“Situasi itu membuktikan ancaman penyeludupan migran masih serius dan memerlukan tindakan penguatkuasaan agresif serta berterusan di semua kawasan perairan negara,” katanya kepada media selepas Majlis Penutupan Operasi Redback 22/2026 (Op Redback), di Hotel Elopura Sandakan, pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zawawi turut memaklumkan Maritim Malaysia membuka lapan kertas siasatan berkaitan kes penyeludupan migran (SOM) tahun ini melibatkan penahanan 19 penyeludup dan 233 migran.

“Daripada jumlah itu, majoriti penyeludup yang ditahan membabitkan warga Indonesia iaitu 13 orang, diikuti Myanmar (tiga), Thailand (dua) dan seorang warga Malaysia.

“Bagi migran yang ditahan atau diselamatkan pula, seramai 184 adalah warga Indonesia, diikuti Myanmar (46) dan Bangladesh (tiga),” kongsinya.

Sementara itu Mohd Zawawi turut memaklumkan, operasi berkenaan turut melibatkan lima aset utama iaitu KM Pintar, KM Tebrau, Bot Banggi 14, Bot Kilat 34 dan Bot Kilat 37 selain rondaan laut, penggunaan Sea Rider, perkongsian risikan serta libat urus komuniti nelayan di Kampung (Kg) Sungai Daling dan Kg Bambangan.

“Antara kejayaan operasi, Maritim Malaysia berjaya merampas 27 kotak minyak masak dalam satu pemeriksaan di Jeti Nelayan Kg Pukat pada 21 Mei lalu.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana
memiliki barang kawalan tanpa kebenaran, sebelum semua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Mohd Zawawi dalam pada itu turut menegaskan, operasi penguatkuasaan akan terus diperkasa melalui risikan, rondaan dan kerjasama pelbagai agensi di peringkat dalam negara serta antarabangsa bagi memastikan aktiviti penyeludupan migran dan jenayah rentas sempadan dapat dibendung secara menyeluruh.

Turut hadir sama, Pengarah Maritim Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Ab Majid, Ketua Staf Bahagian Operasi Laut Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Laksamana Pertama Maritim Abdul Razak Mohamed Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain, serta Kaunselor ABF ke Malaysia Superintendent Brooke Leung selaku Ketua Delegasi Australian Border Force.

Related Posts

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran “Datuk Seri” (Dato’ Seri) bersempena dengan Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000