Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam.

Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut mesra oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Patricia Mowe berserta barisan ahli jawatankuasa.

Majlis dwitahunan tersebut berjaya menghimpunkan hampir 200 ahli keturunan keluarga Mowe dari dalam dan luar negara, termasuk Australia dan Mongolia.

Ia menjadi platform utama bagi mengeratkan silaturahim, memperkenalkan ahli keluarga baharu serta membincangkan hala tuju komuniti berkenaan.

Patricia dalam ucapannya menzahirkan penghargaan atas kesudian Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.

“Kehadiran beliau bukan sahaja menyerikan penganjuran festival, malah membuktikan sokongan padu terhadap usaha komuniti Mowe dalam memperkukuh perpaduan dan memelihara warisan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Tun Wan Junaidi menyifatkan penganjuran festival seumpama itu sebagai wadah penting untuk memelihara sejarah kekeluargaan di samping menyumbang kepada keharmonian masyarakat majmuk yang menjadi tunjang perpaduan di Sarawak.

Acara majlis turut diserikan dengan tayangan video khas yang memaparkan sejarah susur galur komuniti Mowe serta perjalanan penganjuran konvensyen terdahulu.

Foto: Astana Sarawak

Related Posts

Kakanda Sultan Pahang mangkat

KUANTAN – Kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam tadi. Pengelola Bijaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

SHAH ALAM – Infrastruktur digital yang kukuh, bakat berkemahiran tinggi dan penguasaan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara elemen penting dalam usaha Selangor memperkukuh kedudukannya sebagai hab ekonomi digital dan teknologi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api