Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, program berkenaan bukan sahaja memberi pendapatan tambahan kepada peserta, malah membolehkan pengguna termasuk mahasiswa mendapatkan makanan pada harga berpatutan.

“Apabila saya masuk ke Kementerian Ekonomi, saya merasakan bahawa program yang sudah baik ini perlu diteruskan dan dipertingkatkan dari segi pelaksanaannya.

“Maka, di peringkat Kementerian Ekonomi, kita memutuskan untuk memohon kepada MoF supaya program ini disambung bagi tempoh berikutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan mesin layan diri IPR-Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-INSAN), bank makanan dan Dapur Siswa MADANI di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), semalam.

Lawatan itu melibatkan mesin layan diri di Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman dan Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah yang menjadi platform peserta menjual makanan siap dimasak kepada warga kampus.

Peserta di Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman, Norleyana Nordin merekodkan purata jualan bulanan RM2,178.80 dengan jualan tertinggi sebanyak RM4,905 pada Januari lalu.

Seorang lagi peserta, Noor Hasfalela Mohd. Noor pula mencatatkan purata jualan RM4,595 sebulan menerusi mesin di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, manakala jualan tertingginya mencecah RM10,012 pada Januari lalu.

Menurut Akmal Nasrullah, kaedah pelaksanaan IPR mempunyai struktur dan templat yang membolehkannya dilaksanakan semula di lokasi lain untuk membantu lebih ramai golongan B40.

“Walaupun konsep ini mungkin dilihat lebih sesuai di kawasan bandar kerana menggunakan mesin, ia sebenarnya boleh direplikasi di tempat seperti Perlis dan pelaksanaannya di UNIMAP terbukti mempunyai kesinambungan,” katanya.

Dalam lawatan sama, beliau turut meninjau bank makanan yang dilaksanakan menerusi sumbangan pihak swasta serta Dapur Siswa MADANI yang menyediakan makanan percuma kepada kira-kira 100 pelajar setiap hari.

Related Posts

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) berada di landasan kukuh untuk terus mentadbir Johor apabila mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan menguasai 41 kerusi Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran “Datuk Seri” (Dato’ Seri) bersempena dengan Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan