Wanita migran terjerat sindiket eksploitasi, kebajikan mangsa terus dibela

JOHOR BAHRU – Isu pemerdagangan manusia melibatkan wanita warga asing terus menjadi kebimbangan apabila ramai mangsa datang ke Malaysia dengan harapan memperoleh pekerjaan yang lebih baik, namun sebaliknya terjerat dalam sindiket eksploitasi termasuk pelacuran, buruh paksa dan penipuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim berkata, ramai wanita asing yang tiba di negara ini dengan impian membina kehidupan lebih baik, tetapi akhirnya menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap keadaan mereka.

Menurut beliau, kebanyakan mangsa akan ditempatkan di Rumah Perlindungan Wanita di Kompleks Yayasan Penyayang, Kempas Lurah sepanjang tempoh siasatan dan proses perbicaraan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

“Ramai wanita warga asing datang ke Malaysia dengan harapan mendapat pekerjaan, namun apabila tiba di sini mereka dipaksa melacur, diperdaya, tidak dibayar gaji malah dijadikan buruh paksa oleh sindiket tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Rumah Perlindungan Wanita bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying, bagi melihat sendiri keadaan serta kebajikan mangsa yang ditempatkan di pusat berkenaan.

Menurutnya, antara wanita yang ditempatkan di rumah perlindungan tersebut terdiri daripada warga Indonesia, China, Myanmar dan India yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia serta eksploitasi pekerjaan.

Katanya, pusat perlindungan itu bukan sekadar tempat perlindungan sementara, malah menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan kemahiran bagi membantu wanita berkenaan mengisi masa dengan lebih bermakna.

“Walaupun berada jauh dari keluarga dan berdepan trauma akibat eksploitasi, mereka tetap diberi ruang menjalani pelbagai aktiviti kemahiran supaya tidak hanya terperap tanpa sebarang pengisian,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa isu pemerdagangan manusia perlu terus diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana ia melibatkan aspek keselamatan, hak asasi manusia dan kebajikan golongan rentan yang mudah dieksploitasi.

Related Posts

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029