5 pelajar PSS wakili Malaysia dalam misi SDG di Indonesia

SANDAKAN – Lima pelajar cemerlang dari Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dipilih mewakili Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Malaysia dalam Program Latihan Industri dan Khidmat Komuniti Antarabangsa di Malang, Indonesia, yang memberi fokus kepada pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat komuniti.

Program selama 11 minggu bermula 1 April hingga 16 Jun itu turut disertai 16 pelajar daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) dan Kolej Komuniti Arau.

Delegasi Malaysia ditempatkan di Desa Plaosan, Malang, Jawa Timur dan bekerjasama dengan Institut Teknologi dan Bisnis Asia (ITBA) Malang dalam melaksanakan pelbagai inisiatif berteraskan pembangunan mampan dan transformasi hijau.

Lima pelajar PSS yang terpilih ialah Erikha Erlion, Andikah Nurhayat Razanali dan Chalwin Sinoh daripada program Diploma Agroteknologi, manakala Mohamad Taufiq Hidayat Mohd Yusoff serta Nur Aisyah Saiful Bahari daripada Diploma Teknologi Akuakultur.

Melalui kepakaran dalam bidang agroteknologi dan akuakultur, mereka melaksanakan projek yang menyokong SDG 2 (Kelaparan Sifar), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) serta SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat).

Antara inisiatif yang dijalankan ialah pembangunan rangkaian kebun rumah lestari atau Tanaman Obat Keluarga (TOGA) dan sistem pengkomposan sisa organik bagi meningkatkan sekuriti makanan penduduk kampung serta mengurangkan pembaziran.

Program itu turut memberi penekanan kepada pemindahan teknologi dan perkongsian kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada komuniti luar bandar melalui pendekatan pembelajaran praktikal.

Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ts. Khairul Anuar Ishak berkata, program berkenaan selaras dengan agenda strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperkukuh pengantarabangsaan TVET Malaysia.

“Program ini menterjemahkan agenda strategik KPT dalam memartabatkan TVET Malaysia.

“Kita bukan sahaja melahirkan graduan yang kompeten, malah ejen perubahan global yang membawa solusi lestari berasaskan SDG demi kesejahteraan masyarakat luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, bagi memastikan kesinambungan projek, pelaksanaan program diselia menerusi sistem mentor berkembar yang melibatkan pihak akademik dan industri serta disokong dokumentasi teknikal yang lengkap.

Menurutnya, pendekatan itu membolehkan penduduk Desa Plaosan mengurus dan mengembangkan sistem yang diperkenalkan secara berdikari sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat secara berterusan.

Related Posts

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

ROMPIN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah semua pihak berhenti mengelirukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung dengan istilah tanah adat. Baginda bertitah, perkara itu jelas termaktub…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang