Rafizi, Nik Nazmi lebih utamakan politik peribadi berbanding khidmat kepada rakyat

PUTRAJAYA – Dalam keadaan rakyat masih bergelut dengan tekanan kos sara hidup dan pelbagai isu setempat, tindakan meninggalkan kerusi yang dimenangi atas mandat rakyat jelas membuktikan kepentingan politik peribadi didahulukan berbanding tanggungjawab kepada pengundi.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi masing-masing sebagai keputusan yang mementingkan diri serta mengabaikan amanah rakyat.

Beliau menegaskan, tindakan dilakukan pemimpin tersebut bukan sekadar keputusan politik biasa, namun merupakan tindakan dengan memberi kesan langsung kepada rakyat yang telah memberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Pengundi di Pandan dan Setiawangsa kini kehilangan wakil rasmi untuk membawa suara mereka di Dewan Rakyat, sedangkan pelbagai isu rakyat masih perlu diperjuangkan setiap hari.

“Kesannya bukan sahaja melibatkan perbahasan di Parlimen tetapi turut memberi impak kepada urusan harian penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan.

“Rakyat kini berdepan situasi tanpa pejabat Ahli Parlimen yang berfungsi sepenuhnya untuk membantu urusan berkaitan kebajikan, masalah infrastruktur tempatan, sokongan permohonan, pengesahan dokumen serta pelbagai aduan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Lebih membimbangkan, Saifuddin Shafi memaklumkan, manfaat dan bantuan yang seharusnya sampai kepada orang ramai akan terkesan dan tersekat susulan tiada wakil rakyat yang akan menguruskan peruntukan di kawasan Parlimen terbabit.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor berpandangan, timbul persoalan bagi jaminan tindakan yang dilakukan ketika ini tidak akan berulang pada masa depan sekiranya kedua-dua bekas pemimpin itu kembali diberi mandat rakyat.

“Apa jaminan mereka tidak akan mengulangi tindakan sama pada masa hadapan sehingga sekali lagi merugikan pengundi yang telah memberi kepercayaan.

“Alasan kononnya untuk mengelakkan tindakan saman bon parti bernilai RM10 juta tidak boleh dijadikan justifikasi sehingga menyebabkan pengundi di Pandan dan Setiawangsa kehilangan suara mereka di Parlimen,” katanya.

Terdahulu Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi menegaskan dirinya tidak terikat dengan saman atau bon RM10 juta daripada PKR, selepas mengumumkan keluar daripada parti itu.

Menurutnya, ini kerana beliau dan Nik Nazmi telah mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan, kedua-dua bekas pemimpin parti berkenaan juga masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta walaupun mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen sebelum keluar parti.

Katanya, Akta Anti Lompat Parti masih terpakai kerana mereka dipercayai mendaftar untuk memasuki parti politik lain sebelum mengosongkan kerusi Parlimen secara rasmi.

Related Posts

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus memperkukuhkan struktur organisasi parti di peringkat negeri bagi memastikan kesiapsiagaan jentera serta mempertingkatkan keberkesanan gerak kerja politik dan organisasi menjelang cabaran-cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

KUALA LUMPUR – DAP menolak dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa parti tersebut telah memberi tekanan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, untuk membubarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun