Miri Mayfest Carnival 2026 meriah, satukan komuniti pelbagai kaum

MIRI – Penganjuran Miri Mayfest Carnival 2026 menjadi medan penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di bandar raya ini, selain merangsang pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan tempatan.

Majlis pelancaran karnival tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang di Aras 1, Bangunan Dewan Bandaraya Miri pada Rabu.

Acara berkenaan dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-21 Miri yang dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya.

Menurut Adam, kejayaan pembangunan Miri selama lebih dua dekad membuktikan semangat kerjasama dan keharmonian masyarakat yang menjadi kekuatan utama bandar raya tersebut.

“Penganjuran Miri Mayfest bukan sekadar acara hiburan, malah ia menjadi platform menghimpunkan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan, pameran dan program komuniti,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur diketuai oleh Sean Huang Hong Siong serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara berkenaan.

“Karnival ini juga membuka peluang kepada usahawan tempatan, penggiat seni dan golongan belia untuk menampilkan bakat, di samping mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka kepada orang ramai,” ujarnya.

Untuk rekod, Miri Mayfest Carnival 2026 berlangsung bermula 20 hingga 24 Mei ini di Bangunan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan secara percuma kepada pengunjung, termasuk persembahan pentas, jualan komuniti, pameran interaktif dan program kekeluargaan.

Turut hadir, Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Jamil Bujang dan Setiausaha Bandaraya Miri, Abdul Rahman Taupek.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik