Jambatan Temangau bakal dibina semula, legakan 22,000 penduduk Kemelah-Medoi

SEKIJANG – Projek pembinaan semula Jambatan Temangau di Felda Kemelah, Segamat yang runtuh akibat banjir besar pada 2023 kini berada di peringkat akhir sebelum kerja pembangunan dimulakan, sekali gus memberi sinar baharu kepada kira-kira 22,000 penduduk di kawasan Kemelah dan Medoi yang sekian lama berdepan kesukaran perhubungan.

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, projek berimpak tinggi itu amat penting kerana jambatan berkenaan menjadi laluan utama dan nadi kehidupan penduduk setempat, khususnya para peneroka FELDA Kemelah dan FELDA Medoi.

Menurut beliau, pelaksanaan projek tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan, terutama melibatkan aspek infrastruktur asas yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian masyarakat luar bandar.

“Selepas tiga tahun jambatan ini runtuh dan dihanyutkan banjir besar, akhirnya projek pembinaan semula Jambatan Temangau kini di peringkat akhir untuk dimulakan. Ini pastinya berita yang amat dinantikan oleh rakyat Sekijang, khususnya penduduk Kemelah dan Medoi,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang membantu merealisasikan projek berkenaan.

Projek bernilai RM3 juta itu akan melibatkan pembinaan jambatan baharu sepanjang 50 meter jenis single span, termasuk kerja pembersihan sisa struktur lama, kerja tanah, penanaman cerucuk, pembinaan penutup cerucuk, pemasangan struktur jambatan menggunakan teknologi DURA serta pembinaan jalan pendekatan (approach road).

Sebelum ini, ketiadaan jambatan berkenaan menyebabkan ramai penduduk dan peneroka terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh, sekali gus menambah masa perjalanan, meningkatkan kos pengangkutan serta menjejaskan rutin harian masyarakat setempat.

Dr Zaliha berkata, apabila siap kelak, jambatan baharu itu dijangka menjadi pemangkin kepada kelancaran mobiliti penduduk, selain merancakkan semula aktiviti ekonomi di kawasan sekitar yang bergantung kepada jaringan perhubungan lebih efisien.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat serta semua agensi berkaitan yang terus komited memastikan projek itu dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan Sekijang.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik