Suntikan hampir RM17 bilion rancakkan pembangunan ekonomi Sarawak – Douglas Uggah

KUCHING  Komitmen berterusan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dalam memacu transformasi ekonomi negeri terbukti apabila hampir RM17 bilion dilaburkan secara bersama bagi tujuan pembangunan modal sepanjang tahun 2025.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, pelaburan strategik tersebut dijangka akan mempercepat penyampaian infrastruktur, memperkukuh perkhidmatan awam dan menyokong agenda transformasi ekonomi Sarawak secara menyeluruh.

Beliau memaklumkan perkara tersebut semasa membentangkan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.

Menyentuh sokongan Kerajaan Persekutuan di bawah Pelan Pusingan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sejumlah RM5.7 bilion diluluskan bagi pelaksanaan 1,206 projek Persekutuan di negeri ini.

Mengulas lanjut berkenaan prestasi kewangan tersebut, Uggah berkata, setakat Disember 2025, sebanyak RM4.6 bilion atau 80 peratus daripada peruntukan RMK12 yang diluluskan itu telah berjaya dibelanjakan.

Daripada keseluruhan 1,206 projek berkenaan, sebanyak 390 projek atau 32 peratus telah siap sepenuhnya manakala baki 816 projek atau 68 peratus sedang rancak berjalan dan berada di pelbagai peringkat pelaksanaan.

Beliau menjelaskan momentum sokongan Kerajaan Persekutuan terus utuh di bawah Pelan Pusingan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) apabila sejumlah RM5.99 bilion diluluskan untuk pelaksanaan 1,100 projek.

Setakat April 2026, sebanyak RM1.2 bilion atau 20 peratus daripada peruntukan tersebut dibelanjakan yang menyaksikan 195 projek atau 18 peratus berjaya disiapkan manakala selebihnya masih dalam fasa pelaksanaan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima