Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia meningkat lagi bagi tempoh 21 hingga 27 Mei ini susulan pelarasan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan harga RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM4.85 seliter berbanding RM4.70 seliter minggu lalu.

RON95 tanpa subsidi pula meningkat 20 sen kepada RM4.07 seliter daripada RM3.87 seliter sebelum ini, manakala diesel di Semenanjung Malaysia naik 10 sen kepada RM4.97 seliter berbanding RM4.87 seliter.

Menurut MoF, pelarasan harga itu dibuat selaras dengan formula penetapan harga runcit bahan api di bawah APM.

Bagaimanapun, kerajaan terus mengekalkan harga bahan api bersubsidi bagi rakyat dan sektor tertentu, termasuk RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter.

Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut dikekalkan pada RM2.15 seliter, selain kadar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) sebanyak RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

MoF berkata, berdasarkan harga semasa RON95 tanpa subsidi sebanyak RM4.07 seliter, penggunaan 200 liter bahan api memerlukan kos RM814.

Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM416 atau melebihi separuh kos sebenar bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh di bawah skim BUDI95.

“Harga minyak mentah Brent kini mencecah kira-kira AS$110 setong, hampir 60 peratus lebih tinggi berbanding paras prakonflik kira-kira AS$70 setong.

Pada masa yang sama, kos logistik dan premium insurans turut meningkat ketara akibat risiko penghantaran melalui zon konflik, sekali gus memberikan tekanan lanjut kepada harga produk petroleum.

“Gangguan bekalan minyak global juga menjadi semakin meruncing apabila konflik terus berlarutan. Selat Hormuz merupakan laluan bagi kira-kira 20 peratus bekalan petroleum dunia, manakala kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan masa untuk dipulihkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu, kerajaan turut menggesa rakyat supaya menggunakan bahan api secara lebih berhemah bagi membantu memastikan bekalan negara kekal stabil.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil