Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

KUCHING – Persetujuan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan meluluskan Fasa 1 Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai Zon Perdagangan Bebas menandakan satu pencapaian strategik yang signifikan bagi Sarawak.  

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan berkata, kelulusan itu dijangka mengukuhkan peranan Samalaju sebagai hab logistik dan perdagangan serantau, di samping meningkatkan keyakinan pelabur dan menambah baik ekosistem perindustrian. 

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan memaklumkan perkara tersebut semasa membentangkan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.  

Menurut beliau, penubuhan zon bebas berkenaan merupakan keutamaan dan pemangkin strategik untuk menyokong industri hiliran, pembuatan bernilai tambah, pergudangan, perkhidmatan logistik serta aktiviti perdagangan antarabangsa.  

“Kementerian Kewangan Malaysia meluluskan Fasa 1 Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai Zon Perdagangan Bebas, dengan Samalaju Industrial Port Sdn Bhd dilantik sebagai Pihak Berkuasa Zon Bebas.

“Langkah ini turut memanfaatkan kedudukan strategik Sarawak dalam ASEAN, sekali gus meletakkan negeri ini sebagai pintu masuk ke Borneo dan pasaran serantau yang lebih luas,” katanya.  

Sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pelabuhan Zon Perdagangan Bebas pertama Sarawak itu, Awang Tengah turut menyentuh status permohonan bagi dua lagi pelabuhan utama di negeri ini.  

Tambah beliau, permohonan mendapatkan status zon bebas bagi Pelabuhan Miri dan Bintulu kini masih dalam pertimbangan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus menyusul bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam. Program itu membabitkan 14 keluarga angkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian