Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

KUCHING – Mengambil pendekatan serampang dua mata, kerajaan Sarawak kekal komited memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, namun berpendirian teguh dalam memastikan hak pembangunan serta keistimewaan negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dipertahankan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, diplomasi itu seiring dengan desakan berterusan agar negeri ini diberikan peruntukan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat.

Keperluan tersebut, jelas beliau, mencakupi pembinaan dan penambahbaikan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, serta infrastruktur kesihatan termasuk klinik dan hospital, khususnya di kawasan luar bandar.

“Pendirian kita sentiasa konsisten, kita hanya menuntut apa-apa yang sememangnya hak rakyat Sarawak,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.

Penegasan itu turut merangkumi tuntutan ke atas hak mutlak Sarawak terhadap sumber minyak dan gas negeri ini.

Terdahulu, Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong menjelaskan pentadbiran kerajaan Sarawak sentiasa dipandu oleh nilai Sarawakku Sayang – Jaga Sarawak, Intu Sarawak.

Menurut beliau, konsep tersebut mencerminkan nilai empati, saling menghormati, dan sikap saling mengambil berat dalam kalangan rakyat, yang menuntut setiap anak Sarawak agar memelihara keharmonian dan kestabilan politik yang dinikmati pada hari ini.

Dalam menyentuh kecekapan pentadbiran, Abang Johari memberi peringatan tegas kepada semua agensi pelaksana dan anggota perkhidmatan awam agar mengelakkan sebarang kelewatan atau birokrasi yang tidak wajar dalam pelaksanaan projek serta penyampaian perkhidmatan.

Tegas Abang Johari, budaya kerja secara silo wajib dipecahkan demi memperkukuh penyelarasan antara agensi dengan merealisasikan pendekatan menyeluruh kerajaan.

Menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang disifatkan sebagai fasa kritikal di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, perkhidmatan awam turut diseru untuk mengoptimumkan penggunaan sistem digital.

Langkah pendigitalan itu penting bagi memantau prestasi secara masa nyata, sekali gus menyokong proses pembuatan keputusan yang dipacu oleh bukti dan fakta yang tepat.

Mengakhiri ucapannya, Abang Johari mengulangi komitmen berterusan kerajaan Sarawak terhadap pengurusan kewangan yang berhemat serta ketelusan tadbir urus.

Kekuatan kewangan jangka panjang yang kukuh, katanya, amat penting bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan memastikan sumber awam dapat disalurkan sepenuhnya kepada projek-projek berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan penamatan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak selepas mengambil kira keadaan kualiti udara yang semakin baik di kawasan berkenaan. Pejabat Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

KENYATAAN Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga tidak dapat diterima oleh masyarakat. Ucapan itu mendapat perhatian Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal