Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

KOTA BHARU – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang aktif melakukan jenayah pada waktu siang selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Perol pada 10 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata, semua suspek berusia antara 28 hingga 36 tahun itu dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah yang menyebabkan kerugian kire-kire RM30,000 pada 28 April lalu.

Beliau berkata, sebelum penahanan itu, sebanyak 13 kes pecah rumah dilaporkan berlaku di sekitar bandar ini dengan jumlah kerugian melebihi RM400,000.

Menurutnya, sindiket tersebut dipercayai menjalankan kegiatan jenayah ketika penghuni keluar bekerja pada waktu siang.

Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah termasuk 18 utas barang kemas, sebuah kereta, jam tangan dan telefon bimbit, katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Isnin.

Mohd Yusoff berkata, siasatan mendapati suspek akan membuat pemantauan di kawasan rumah mangsa sekitar jam 8 pagi bagi memastikan kediaman berada dalam keadaan kosong sebelum melakukan pecah rumah.

Beliau berkata, salah seorang daripada suspek merupakan lelaki warga Burma berstatus Pemastautin Tetap (PR).

Semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau membabitkan 14 kes dada dan 16 kes jenayah.Ujian saringan air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,: katanya.

Menurut beliau, penahanan ketiga-tiga lelaki yang dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu itu berjaya membantu polis menyelesaikan 13 kes pecah rumah di sekitar daerah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan semua suspek direman selama tujuh hari bermula 13 Mei hingga Selasa bagi membantu siasatan lanjut.

Foto: Metro

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik