Polis siasat dakwaan provokasi semasa program dialog rakyat di Arau

ARAU – Polis membuka siasatan berhubung dakwaan provokasi dan gangguan awam semasa program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat di sebuah inap desa di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya telah mengambil keterangan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai DSA bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut beliau, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan berkaitan kekecohan yang berlaku semasa sesi dialog rasmi kerajaan negeri itu berlangsung.

“Ketika sesi soal jawab berlangsung, individu terbabit dikatakan secara lantang telah bertanyakan beberapa soalan berkenaan isu di Perlis namun tidak dapat mengawal emosinya lalu berjalan ke hadapan pentas dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘lahanat’ yang ditujukan kepada YDP MPK sambil disaksikan oleh orang awam.

“Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya dihalang dan ditenangkan oleh pihak penguasa sebelum dibawa keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, program tersebut dipengerusikan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Marzita Mansor serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Affendi Rajini Kanth.

Tambah Ahmad Mohsin, pihak terlibat dipercayai tidak berpuas hati kerana beberapa persoalan yang dibangkitkan tidak dijawab sendiri oleh YDP MPK sehingga mencetuskan ketegangan semasa program berlangsung.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati program tersebut dihadiri kira-kira 50 orang termasuk wakil daripada 13 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Suspek dipercayai mengambil peluang menghadiri majlis tersebut atas kapasiti sebagai rakyat negeri Perlis dan membangkitkan beberapa isu berkaitan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

“Individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

ALOR SETAR – Anggota polis yang disyaki terbabit dalam satu rangkaian sindiket pengedaran dadah di Langkawi telah ditukarkan serta-merta bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan secara telus. Ketua Polis Kedah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

MELAKA – Kerajaan negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bantuan persekolahan terhadap pelajar yang kerap ponteng sekolah ditarik balik sebagai langkah menangani isu ketidakhadiran berterusan dalam kalangan pelajar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

Mahligai di tengah derita rakyat, ke mana hilangnya janji Sanusi?

Mahligai di tengah derita rakyat, ke mana hilangnya janji Sanusi?

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan

SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan