PH Johor yakin tawan semula negeri, sasar tewaskan BN kali kedua

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor menyatakan keyakinan untuk kembali mencipta sejarah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang dengan menewaskan Barisan Nasional (BN) seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan bahawa gabungan itu bersedia menghadapi BN secara solo selepas isyarat jelas diberikan pimpinan BN Johor bahawa tiada lagi ruang kerjasama politik antara kedua-dua gabungan di negeri tersebut.

Berucap pada Konvensyen PH Kebangsaan di Johor, beliau berkata, PH mempunyai keyakinan tinggi untuk mengulangi kejayaan menumbangkan UMNO di negeri kelahirannya sendiri.

“Johor merupakan tempat lahir UMNO, namun sejarah telah membuktikan parti itu boleh ditewaskan di bumi sendiri. Insya-Allah dalam pilihan raya akan datang, kita akan kebumikan mereka kali kedua,” katanya yang disambut sorakan para penyokong.

Kenyataan itu hadir susulan pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya PRN diadakan nanti.

Langkah tersebut dilihat menandakan berakhirnya kemungkinan kerjasama politik antara PH dan BN di Johor meskipun kedua-duanya membentuk kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan ketika ini.

Hubungan antara kedua-dua blok politik di Johor juga dilihat semakin dingin sejak kebelakangan ini apabila beberapa pemimpin kedua-dua pihak saling mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan hala tuju politik negeri.

Untuk rekod, kali terakhir PRN Johor diadakan adalah pada Mac 2022, menyaksikan BN memperoleh kemenangan besar selepas DUN dibubarkan lebih awal. Namun, PH percaya landskap politik semasa memberi peluang baharu untuk mereka kembali merampas negeri itu.

DUN Johor dijangka terbubar secara automatik sekitar Disember ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Related Posts

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki kekal sebagai anggota Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sehingga 19 September 2027 berdasarkan pelantikan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

BATU PAHAT – Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang meletakkan harapan tinggi kepada calon Pakatan Harapan (PH) Senggarang, Onn Abu Bakar, untuk menjadi pemangkin kepada kemajuan sektor pertanian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti