Kapal ditebuk dari dalam, Aminuddin kecewa perjuangan dikhianati

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengingatkan semua pihak supaya tidak mengkhianati perjuangan dan kesatuan gabungan itu demi kepentingan politik peribadi.

Beliau berkata, pengalaman berdepan pengkhianatan sebelum ini memberi pengajaran besar kepada PH untuk terus memperkukuh disiplin serta kesetiaan dalam parti.

Menurutnya, situasi itu boleh diibaratkan seperti sebuah kapal besar yang dibina kukuh namun akhirnya ditebuk dari dalam oleh individu yang sebelum ini bersama-sama dalam perjuangan.

“Kapal yang kita bina cukup hebat, besar dan kukuh. Kita sebagai nakhoda, mereka tunjuk kesetiaan ketika berada di dalam kapal.

“Tiba-tiba mereka rasa tidak selesa lalu menebuk kapal dari dalam sehingga air masuk. Walaupun mampu ditampal, tetap ada kesan kebocoran yang berlaku,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, krisis politik yang berlaku di negeri itu mengecewakan kerana dilakukan tanpa sebarang perbincangan atau permuafakatan bersama.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai pihak terkejut dan kecewa kerana pengkhianatan berlaku ketika semua pihak sepatutnya bersama-sama menyelesaikan isu yang timbul.

“Hari ini mereka kata mahu bersama kita, esok mereka kata mahu bertanding semua kerusi.

“Hari ini mereka hormat pimpinan, mereka setuju dengan pandangan bersama, tetapi akhirnya mereka mungkiri janji dan khianati kita,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman itu menjadi peringatan penting kepada seluruh anggota PH supaya kembali memperkukuh akar umbi dan tidak mudah diadu domba oleh mana-mana pihak.

“Kita tidak boleh lagi diugut atau diadu domba setiap masa. Perjuangan kita mesti lebih kukuh, tersusun dan teratur,” katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, PH kini sudah bersedia menghadapi pilihan raya akan datang termasuk di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Katanya, himpunan pemimpin dan penyokong PH dari seluruh negara pada konvensyen berkenaan membuktikan gabungan itu berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

Beliau turut menegaskan bahawa disiplin parti perlu terus dipertahankan dengan menghormati setiap keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi gabungan.

“Untuk kita kuat, kita kena akur apa juga keputusan pimpinan. Itulah disiplin kami di Negeri Sembilan,” katanya.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT