Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

BENTONG – Sebanyak 130,307 penagih dadah direkodkan di negara ini setakat Jun lepas, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan trend penggunaan dan penyalahgunaan dadah membimbangkan kerana melebihi nisbah nasional, iaitu 381 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

“Dalam 100,000 populasi, Terengganu mencatatkan 735 orang, Kelantan (694 orang), Kedah (669 orang) dan Perlis (646 orang), semuanya mengatasi nisbah nasional,” katanya, lapor Bernama.

Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Projek Siap bagi membina, meroboh serta menaik taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karak di sini, hari ini.

Berdasarkan profil penagih, beliau berkata, golongan 15 hingga 39 tahun menjadi kumpulan paling ramai terlibat manakala dari segi tahap pendidikan majoritinya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah.

“Kalau kita kait dengan pekerjaan, angka paling tinggi adalah tidak bekerja diikuti bekerja sendiri dan ketiga bekerja swasta,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, dadah jenis amphetamine-type stimulant atau dadah sintetik menjadi paling banyak digunakan penagih, meliputi 84 peratus berbanding dadah lain.

“Data ini bukan sekadar angka, ia menghantar isyarat tersendiri. Sebab itu saya anjurkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) supaya program yang dirancang dan polisi yang dibuat harus berasaskan data,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka untuk mempergiat program kempen, kerjasama dan kolaborasi termasuk dengan kerajaan negeri dalam usaha menangani masalah itu.

“Usaha menangani masalah dadah memerlukan kemahuan politik yang kuat dan kerjasama daripada semua pihak kerana isu tersebut bukan sekadar masalah individu, sebaliknya sudah menjadi masalah negara,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Related Posts

Jangan politikkan isu sekolah selamat

PUTRAJAYA – Tindakan lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar di sekolah benar-benar terjamin susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng, kelmarin. Pengerusi Pertubuhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

BENTONG – Selepas berdepan pelbagai cabaran teknikal dan operasi sehingga pernah dikategorikan sebagai projek sakit dan mendapat perhatian khusus Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, projek membina dan meroboh serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT