Tali sudah dipotong, PH Johor mesti berkayuh sendiri – Aminolhuda

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan bahawa PH Johor perlu kembali berdiri atas kekuatan sendiri susulan perkembangan politik semasa yang dilihat mengubah landskap kerjasama antara gabungan politik di negeri itu.

Dalam satu kenyataan bernada kiasan, beliau mengibaratkan PH Johor sebagai sebuah sampan yang selama ini ‘diheret’ oleh kapal besar UMNO dan Barisan Nasional (BN), menyebabkan arah serta kelajuan perjuangan gabungan itu banyak dipengaruhi pihak lain.

Menurut beliau, keadaan itu kini berubah apabila ‘tali yang mengheret sampan’ berkenaan seolah-olah telah dipotong, sekali gus memberi isyarat bahawa PH Johor perlu menentukan haluan sendiri demi kelangsungan perjuangan politik mereka.

“PH Johor kini hanya mempunyai dua pilihan sama ada hanyut tanpa arah atau kembali berkayuh dengan kekuatan sendiri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa PH pernah mencipta sejarah apabila berjaya menguasai Johor sebelum ini dan perkara itu bukan sekadar nostalgia politik, sebaliknya bukti jelas bahawa rakyat negeri berkenaan pernah memberikan mandat kepada gagasan perubahan.

Justeru, Aminolhuda menegaskan tidak mustahil untuk PH kembali mendapat sokongan rakyat sekiranya gabungan itu berani melakukan pembaharuan, memperkukuh organisasi dan terus mendekati masyarakat akar umbi.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama politik antara parti boleh terus dihormati, namun maruah perjuangan tidak seharusnya digadaikan sehingga hilang identiti serta prinsip perjuangan asal.

“Setiakawan tidak bermaksud menyerahkan haluan kepada pihak lain,” ujarnya.

Beliau turut menyeru seluruh kepimpinan dan jentera PH Johor agar memperkemaskan gerak kerja parti, memperkukuh jentera akar umbi serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan gabungan itu.

“Tali sudah dipotong. Sampan ini mesti kembali berkayuh. Johor pernah berubah dan Johor boleh berubah lagi,” katanya.

Related Posts

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi. Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas