Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

KUCHING – Sarawak melakar satu lagi sejarah dalam bidang teknologi semikonduktor menerusi pelancaran keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa Gallium Nitride (GaN) pertama yang direka bentuk sepenuhnya di negeri itu.

Cip inovasi keluaran SMD Semiconductor Sdn Bhd itu dilancarkan secara rasmi oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersempena dengan pembukaan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026, pada Isnin.

Membawa slogan “Designed in Sarawak. Built for the World.”, cip tersebut dibangunkan bagi memenuhi keperluan aplikasi elektronik kuasa generasi baharu termasuk infrastruktur kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, sistem penyimpanan tenaga bateri dan grid pintar.

Mengulas mengenainya, Abang Johari menyifatkan pelancaran itu sebagai satu pencapaian yang mencerminkan peralihan penting peranan Sarawak dalam rantaian nilai semikonduktor, dengan negeri itu kini membina keupayaan untuk menghasilkan teknologi dan harta intelek sendiri.

“Sarawak telah menghabiskan masa bertahun-tahun membina asas daripada sumber tenaga dan keupayaan industri kepada pembuatan semikonduktor serta pembangunan bakat.

“Apa yang kita lihat hari ini ialah langkah seterusnya dalam perjalanan itu, iaitu keupayaan untuk membangunkan teknologi semikonduktor di sini dan mewujudkan harta intelek yang berasal dari Sarawak,” katanya.

Tambah beliau, tumpuan seterusnya kerajaan adalah untuk memastikan keupayaan tersebut dapat diterjemahkan kepada nilai ekonomi dan peluang perindustrian berimpak tinggi.

Sementara itu, Pengerusi SMD Semiconductor yang juga Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar berkata, pelancaran itu merupakan langkah signifikan dalam perkembangan pesat syarikat berkenaan sejak penubuhannya empat tahun lalu (2022).

Cabaran seterusnya, kata beliau, adalah memastikan teknologi yang dibangunkan itu tidak terhenti pada peringkat reka bentuk, sebaliknya diaplikasikan bagi memberi nilai tambah kepada ekosistem perindustrian negeri secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil menjelaskan bahawa keteq.GaN dibangunkan khusus untuk aplikasi yang menuntut kecekapan tenaga dan pengurusan kuasa yang lebih baik.

“Objektif kami bukan sekadar mereka bentuk semikonduktor dan berhenti di situ. Kami melihat kepada bidang di mana teknologi ini boleh memberi perbezaan yang amat penting pada masa kini,” jelasnya.

Susulan pelancaran tersebut, SMD Semiconductor dengan kerjasama Microelectronics Research and Development Institute (MRDI) Hong Kong dan Gobi Partners turut mengadakan sesi libat urus bagi memperkukuh ekosistem foundry negeri serta meneroka potensi kerjasama strategik antarabangsa.

Bagi edisi penganjuran kali ini, IDECS 2026 yang mengangkat tema ‘Scaling Innovation Ecosystems for a Borderless Economy: Earth, Orbit and Beyond’ menghimpunkan pelbagai penggerak teknologi dan industri bagi mencorak masa depan ekonomi digital Sarawak.

Related Posts

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

SANTUBONG – Sarawak memerlukan lebih ramai wanita yang berani tampil memimpin, membuat keputusan sukar serta bertanggungjawab terhadap impaknya kepada masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT