89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 105 110 103 103 97 104 32 109 97 107 97 110 32 116 101 110 103 97 104 32 104 97 114 105 32 100 105 32 82 101 115 116 111 114 97 110 32 79 109 98 111 110 103 32 83 97 108 97 105 44 32 78 101 103 101 114 105 32 83 101 109 98 105 108 97 110 46 32 49 53 32 77 101 105 32 50 48 50 54 46 32 83 72 65 72 78 65 90 32 70 65 90 76 73 69 47 80 101 106 97 98 9
KERAJAAN akan terus memperkasakan pelbagai usaha dalam membantu rakyat serta peniaga kecil bagi menghadapi keadaan semakin mencabar akibat krisis yang berlaku.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap pandangan akan terus diberi perhatian demi memastikan pembangunan negara berjalan seiring kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
“Mengakhiri program saya di Negeri Sembilan dengan singgah makan tengah hari di Restoran Ombong Salai di Sendayan, semalam, sambil mengambil kesempatan berbual santai bersama pelanggan dan peniaga.
“Ia terkait cabaran kos sara hidup, keadaan perniagaan serta isu semasa yang mereka hadapi di lapangan.
“Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh usaha membantu rakyat serta peniaga kecil dalam menghadapi keadaan semakin mencabar saat ini.
“Insya-Allah, setiap suara akan terus diberi perhatian demi memastikan pembangunan negara berjalan seiring kesejahteraan dan kebajikan rakyat terbanyak,” kata Menteri Kewangan itu dalam kenyataan di FB.
Pada Jumaat, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengadakan lawatan ke Sendayan, Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Belia Negara, selain turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan.



